fbpx
Now Reading
Johnny Depp Menang AS$15 Juta Kes Saman Fitnah Terhadap Bekas Isteri Amber Heard
Depp and Heard

Johnny Depp Menang AS$15 Juta Kes Saman Fitnah Terhadap Bekas Isteri Amber Heard

Perbicaraan selama enam minggu telah disiarkan secara langsung, termasuk keterangan daripada kedua-dua pelakon dan saksi lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/realamberheard/status/1532083776741842945?s=20&t=1HOtyZLyK4xEmRoK2EX8pA

Pelakon popular Hollywood, Johnny Depp, 58, memenangi AS$15 juta (RM66 juta) dalam kes saman fitnah terhadap bekas isterinya hari ini (2 Jun).

Mahkamah dalam keputusannya bagaimanapun mendapati pelakon filem ‘Pirates of the Caribbean’ itu dan Amber Heard saling bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah antara satu sama lain.

Pampasan sebanyak $15 juta kepada Depp merangkumi AS$10 juta manakala AS$5 juta dolar lagi sebagai ganti rugi punitif.

Sementara itu, Amber Heard dalam saman balasnya pula menerima ganti rugi AS$2 juta (RM8 juta) manakala tiada pampasan wang untuk ganti rugi punitif.

Depp memfailkan tuntutan saman fitnah dengan ganti rugi sebanyak AS$50 juta (RM218 juta) terhadap Heard berhubung penulisannya untuk kolum Washington Post.

Heard yang juga pelakon filem Aquaman, membalas dengan memfailkan saman menuntut AS$100 juta (RM437.8 juta) dan mendakwa dirinya mengalami ‘penderaan serta keganasan fizikal’ daripada Depp.

Depp walau bagaimanapun menafikan pernah melakukan penderaan fizikal terhadap Heard, sebaliknya mendakwa bekas isterinya itu sebenarnya yang sering bertindak ganas.

Sejurus selepas perbicaraan, Heard dilihat mengeluarkan kenyataan di Twitter meluahkan kekecewaan yang dia rasai ekoran dari kekalahan tersebut.

Menurutnya, walaupun sudah mempunyai bukti kukuh, dia masih gagal untuk menandingi kuasa yang tidak seimbang selain pengaruh besar yang dimiliki Depp.

“Kekecewaan yang dialami saya hari ini melebihi segalanya. Saya patah hati walaupun dengan bukti yang kukuh tetapi masih gagal untuk menandingi kuasa yang tidak seimbang, pengaruh daripada bekas suami.

“Saya makin kecewa dengan keputusan itu lebih-lebih lagi mengenai maknanya terhadap wanita di luar sana. Ia seolah mengimbau semula mengenai wanita lantang bersuara tetapi dimalukan secara umum,” tulis Heard.

Tambah Heard, dia juga percaya pihak peguam yang mewakili bekas suaminya itu berjaya membuatkan barisan hakim terlepas pandang tentang kebebasan bersuara hingga mengabaikan bukti kukuh tentang kemenangan aktres berkenaan di United Kingdom tempoh hari.

“Saya kecewa kerana kalah dalam kes ini, tetapi apa yang lebih menyedihkan kerana saya kehilangan hak sebagai rakyat Amerika iaitu untuk bersuara secara bebas.”

Amber Heard

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.