fbpx
Now Reading
“Terbaiklah”- Caprice Peruntuk RM10,000 Belanja Orang Ramai Isi Minyak Petrol Percuma [Video]
Caprice belanja orang ramai minyak RM10,000

“Terbaiklah”- Caprice Peruntuk RM10,000 Belanja Orang Ramai Isi Minyak Petrol Percuma [Video]

Jelas Caprice bagi yang ingin menyertai boleh hadir ke stesen Petronas Jalan Jelatek II, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada Jumaat (23 September) jam 2.30 petang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja tentang penyanyi rap, Caprice ini pasti anda sudah terngiang-ngiang tagline ‘What’s on the news today’ dalam setiap video ulasannya apabila membincangkan sesuatu isu.

Baru-baru ini, penyanyi rap terkenal itu bermurah hati apabila menyatakan hasratnya untuk memberi orang ramai mengisi minyak petrol secara percuma di stesen minyak Petronas Jalan Jelatek II, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Belanja RM10,000 untuk orang ramai isi minyak

Perkara itu dimaklumkan olehnya menerusi satu video di Instagram yang menyatakan sebanyak RM10,000 akan diperuntukkan kepada orang awam yang mahu mengisi minyak percuma pada Jumaat (23 September) ini, jam 2.30 petang.

“Sesiapa yang mahukan minyak percuma, kita nak belanja korang pada Jumaat ini 2.30 petang.

“Korang boleh bawa motor, kereta, van, atau bas. Kita akan beri RM10,000 minyak untuk anda semua.

“Apa yang perlu anda lakukan adalah datang pada Jumaat ini,” kata Caprice di dalam video tersebut.

10 pelanggan terawal akan dapat barangan peribadi milik Caprice

Jelas penyanyi yang berusia 34 tahun itu lagi, dia juga akan memberikan beberapa barangan peribadi miliknya kepada 10 pelanggan terawal yang hadir ke stesen tersebut seperti kasut, topi, dan juga beberapa barangan edisi terhad.

Menerusi komen ketika ditanya adakah lelaki yang berjalan bersebelahnya di dalam video tersebut adalah pemilik stesen berkenaan? Caprice menjawab ya dan individu tersebut merupakan rakannya semasa dibangku sekolah.

Bukan itu sahaja, penyanyi itu turut menjanjikan setiap kenderaan yang hadir tidak mempunyai limit dan berpeluang untuk mengisi minyak yang penuh.

Malah pengumuman penyanyi itu berkenaan perkara tersebut turut membuatkan orang ramai teruja serta mendoakan agar Caprice sentiasa dimurahkan rezeki.

‘Allahuakbar semoga Allah murahkan rezeki Caprice’

‘Saya nak bawa ibu bapa’

‘Nak camping sana lah Cap’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.