Didakwa Langgar Perintah Injunksi, Peguam Puteri Sarah Minta Mahkamah Denda, Penjara Ira Kazar & Keluarga

Umum pasti mengetahui, aktres Puteri Sarah Liyana hari ini (16 Julai) telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, pengarah Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Menurut Puteri Sarah, keputusan yang dilakukannya hari ini adalah jalan terbaik dan muktamad.

Sarah yang ditemani peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir turut dilihat bersemangat sebaik selesai membuat permohonan cerai itu.

Baca artikel berkaitan: “Keputusan Saya Muktamad” – Puteri Sarah Sah Fail Cerai Terhadap Syamsul Yusof

Namun Akberdin ketika ditemui media berkata, pihaknya akan turut mengambil tindakan undang-undang terhadap isteri kedua Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dan beberapa ahli keluarganya di Mahkamah Sivil Kuala Lumpur kerana didakwa melanggar perintah injunksi.

Menurut Akberdin, tujuannya untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira, bapa (Kazar Saisi) dan kakaknya kerana mereka secara terbuka telah melanggar perintah injunksi yang dikeluarkan Mahkamah Sivil sebelum ini kerana berkahwin di luar negara tanpa izin mahkamah.

“Perintah injunksi yang dikeluarkan itu menghalang tiga individu terbabit meluah atau menyebar sebarang bentuk gangguan dalam media sosial atau mana-mana platform membabitkan Puteri Sarah.

“Kami akan mulakan prosiding mahkamah terhadap Ira, Kazar dan kakaknya yang secara terang-terangan melanggar perintah injunksi kekal sehingga sekarang.

“Kita akan mulakan dengan meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan denda sesuai jenis perlanggaran dilakukan.

“Ini perlanggaran paling dasyat di mana pihak di sana sepatutnya tidak boleh mengganggu defendan sama sekali sehingga kes selesai.

“Ini tidak, mereka terus pergi ke luar negara dan bernikah tanpa izin mahkamah yang jelas perbuatan itu bercanggah perintah injunksi,” katanya dipetik dari Berita Harian.

Terdahulu Syamsul pada 6 Januari lalu membuat pengakuan bahawa dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan bapa mentuanya, pelakon veteran Kazar Saisi.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

1 day ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

1 day ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

1 day ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago