Umum pasti mengetahui, aktres Puteri Sarah Liyana hari ini (16 Julai) telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, pengarah Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Menurut Puteri Sarah, keputusan yang dilakukannya hari ini adalah jalan terbaik dan muktamad.
Sarah yang ditemani peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir turut dilihat bersemangat sebaik selesai membuat permohonan cerai itu.
Baca artikel berkaitan: “Keputusan Saya Muktamad” – Puteri Sarah Sah Fail Cerai Terhadap Syamsul Yusof
Namun Akberdin ketika ditemui media berkata, pihaknya akan turut mengambil tindakan undang-undang terhadap isteri kedua Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dan beberapa ahli keluarganya di Mahkamah Sivil Kuala Lumpur kerana didakwa melanggar perintah injunksi.
Menurut Akberdin, tujuannya untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira, bapa (Kazar Saisi) dan kakaknya kerana mereka secara terbuka telah melanggar perintah injunksi yang dikeluarkan Mahkamah Sivil sebelum ini kerana berkahwin di luar negara tanpa izin mahkamah.
“Perintah injunksi yang dikeluarkan itu menghalang tiga individu terbabit meluah atau menyebar sebarang bentuk gangguan dalam media sosial atau mana-mana platform membabitkan Puteri Sarah.
“Kami akan mulakan prosiding mahkamah terhadap Ira, Kazar dan kakaknya yang secara terang-terangan melanggar perintah injunksi kekal sehingga sekarang.
“Kita akan mulakan dengan meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan denda sesuai jenis perlanggaran dilakukan.
“Ini perlanggaran paling dasyat di mana pihak di sana sepatutnya tidak boleh mengganggu defendan sama sekali sehingga kes selesai.
“Ini tidak, mereka terus pergi ke luar negara dan bernikah tanpa izin mahkamah yang jelas perbuatan itu bercanggah perintah injunksi,” katanya dipetik dari Berita Harian.
Terdahulu Syamsul pada 6 Januari lalu membuat pengakuan bahawa dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan bapa mentuanya, pelakon veteran Kazar Saisi.