fbpx
Now Reading
Dr Hisham Dedah Cita-citanya Mahu Jadi Mufti Bukan Doktor [Video]

Dr Hisham Dedah Cita-citanya Mahu Jadi Mufti Bukan Doktor [Video]

Dr Noor Hisham menerusi temu bual sama turut mendedahkan beliau sebenarnya bukan dibesarkan dalam keluarga berada.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, bukan satu nama asing bagi seluruh rakyat Malaysia.

Bukan sahaja dikagumi rakyat tempatan, malah beliau juga diiktiraf di luar negara sehingga pernah tersenarai sebagai 3 doktor terbaik di dunia sewaktu berdepan pandemik Covid-19.

Baca artikel berkaitan: Membanggakan! Dr Noor Hisham Disenaraikan Antara 3 Doktor Terbaik Di Dunia

Baca artikel berkaitan: Antara Trio Hero Covid-19, Dr Noor Hisham Dapat Pengiktirafan Dari Media Singapura

Personaliti yang bersahaja ditambah dengan kredibilitinya memimpin barisan hadapan membuatkan ramai kagum dan yakin kemampuan beliau dalam mengekang beberapa wabak antaranya Covid-19 dan virus Nipah (1998-1999).

Namun sosok tubuh ini suatu masa dahulu tidak pernah berniat untuk menyertai dunia perubatan sebaliknya beliau menanam cita-cita untuk menjadi seorang pegawai agama atau mufti.

Semua itu bagaimanapun berubah sewaktu dia belajar di Kolej Islam Klang.

Dr Hisham dalam satu temu bual bersama BFM berkata, dia pada waktu itu dimasukkan ke dalam kelas aliran sains. Namun beliau tidak pasti mengenainya kerana lebih memilih aliran sastera dan belajar agama.

“Namun, ustaz saya kata tak boleh. Katanya, kita sudah ada ramai pelajar dalam bidang agama. Tetapi sekarang kita tidak mempunyai doktor yang mencukupi,” katanya kepada BFM.

Galakan daripada ustaz tersebut jugalah yang menjadi salah satu sebab utama beliau terus kekal dalam bidang sains sehinggalah akhirnya bergelar seorang doktor pakar.

“Mungkin ustaz saya nampak lebih jauh. Dia tahu bakat saya boleh digunakan ke arah lebih baik dalam bidang lain,” katanya.

Bukan dari keluarga berada

Dr Noor Hisham menerusi temubual sama turut mendedahkan beliau sebenarnya bukan dibesarkan dalam keluarga berada.

Malah beliau memaklumkan telah dibesarkan sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga Cina. Ibu angkat beliau kemudian memeluk islam dan ketika berada di darjah lima, wanita itu berpisah dengan suaminya.

“Jadi, pendedahan saya terhadap budaya lain menjadi semakin luas. Akhirnya, saya diambil sebagai anak angkat oleh seorang ustaz,” ujarnya.

Kembali berbakti untuk negara

Sebagai info, selepas beberapa bulan bersara wajib, Dr Hisham pada Oktober memaklumkan beliau kembali bertugas di dalam bidang perubatan dengan menyertai Institut Endokrin Hospital Putrajaya.

Selain itu pada bulan sama, beliau telah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) bagi menggantikan Profesor Emeritus Tan Sri Anwar Ali memandangkan reputasi cemerlangnya dalam bidang kesihatan dan perubatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.