fbpx
Now Reading
Membanggakan! Dr Noor Hisham Disenaraikan Antara 3 Doktor Terbaik Di Dunia

Membanggakan! Dr Noor Hisham Disenaraikan Antara 3 Doktor Terbaik Di Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya usaha dan dedikasi Ketua Pengarah Kesihata, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah bukan sahaja diakui rakyat Malaysia malah turut mendapat pengiktirafan dunia.

Sebuah stesen televisyen China, Global TV Network semalam telah meletakkan Dr Noor Hisham bersama dua lagi doktor iaitu Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand sebagai tiga doktor terbaik dan diyakini di dunia dalam usaha mereka menangani wabak Covid-19

Foto : FMT

Bukan sahaja meyakinkan, malah sumber maklumat yang dikongsikan mereka mampu menenangkan orang ramai yang ketika ini sedang dilanda panik susulan penularan wabak ini yang dilihat semakin mengganas malah sudah mengorbankan lebih 100,000 nyawa di peringkat global.

Statistik di Malaysia menunjukkan setakat semalam sahaja dari 5,072 jumlah kes, 2,647 atau 52.18% sudah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan discaj.

Dr Noor Hisham yang sudah mengemudi Kementerian Kesihatan selaku KP selama 7 tahun merupakan susuk yang paling ditunggu rakyat Malaysia setiap hari dalam melaporkan situasi semasa mengenai wabak maut ini.

Tahniah kami ucapkan buat Dr. Noor Hisham!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.