fbpx
Now Reading
Pelajar Lelaki 14 Tahun Di China Rosak Buah Pinggang Selepas Didenda Buat ‘Squat’ 200 Kali Oleh Guru

Pelajar Lelaki 14 Tahun Di China Rosak Buah Pinggang Selepas Didenda Buat ‘Squat’ 200 Kali Oleh Guru

Menurut doktor, pelajar berkenaan berkemungkinan akan meninggal dunia sekiranya terlambat dibawa ke hospital akibat buah pinggang gagal berfungsi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malang menimpa seorang pelajar lelaki di wilayah Hunan, China apabila disahkan mengalami masalah kerosakan buah pinggang selepas dihukum oleh gurunya untuk melakukan senaman cangkung (squat) sebanyak 200 kali dan berlari mengelilingi sekolah.

Menurut laporan Harian Metro yang memetik Tribunnews, pelajar yang dikenali sebagai Liu berumur 14 tahun itu telah dihukum oleh gurunya, Tao kerana berbual bersama rakan semasa kelas berlangsung pada 12 September lalu.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Difahamkan insiden tersebut berlaku di Sekolah Menengah Quantang daerah Changsha di Kota Jingzhou, Ningxiang, wilayah Hunan.

Pelajar sakit otot dan sukar berjalan

Menurut bapa saudaranya, selepas melakukan 200 kali squat, Liu berasa sakit pada ototnya dan sukar berjalan, lapor Sin Chew Daily.

Selain itu, setiap kali buang air kecil, air kencing Liu akan berwarna teh.

Dua hari kemudian, keadaan Liu masih belum pulih dan dia telah dipaksa oleh gurunya, Wen, untuk berlatih larian meskipun sudah meminta cuti.

Selepas menghabiskan larian sebanyak enam pusingan, Liu secara tiba-tiba pengsan dan pihak sekolah menghubungi ibunya untuk menjemput pelajar berkenaan pulang.

Foto: Weixin

Liu alami kencing berdarah

Keadaan Liu bertambah parah apabila ibunya mendapati air kecing anaknya itu berdarah lalu segera membawanya ke Hospital Rakyat Ningxiang.

Semasa di hospital, doktor mendapati Liu berada dalam keadaan kritikal menyebabkan dia dirawat di unit rawatan rapi (ICU) kerana berisiko menghadapi masalah buah pinggang gagal berfungsi sekirannya lewat sejam.

Selepas diperiksa, Liu disahkan menderita akibat rhabdomyolysis, iaitu cedera otot.

Menurut doktor, Liu berkemungkinan akan meninggal dunia sekiranya terlambat dibawa ke hospital akibat buah pinggang gagal berfungsi.

Liu dikatakan dirawat di wad ICU selama satu minggu.

Guru berkenaan telah dipecat, kos rawatan Liu akan ditanggung Biro Pendidikan

Menurut sumber dalaman di Hongxing Video News, Biro Pendidikan di kota berkenaan sudah membuat permohonan maaf kepada keluarga Liu selain memecat guru terbabit dan berjanji akan menanggung semua kos perubatan Liu.

Pengetua sekolah dan guru lain yang terlibat telah digantung tugas manakala pihak berkuasa tempatan juga sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.