fbpx
Now Reading
Hukuman Penjara Najib Dikurangkan Kepada 6 Tahun, Bebas Pada Ogos 2028 – Lembaga Pengampunan

Hukuman Penjara Najib Dikurangkan Kepada 6 Tahun, Bebas Pada Ogos 2028 – Lembaga Pengampunan

Tempoh penjara Najib bagaimanapun akan ditambah selama satu tahun sekiranya dia gagal membayar denda tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sah diberikan pengurangan 50% bagi hukuman penjara 12 tahun yang dihadapinya.

Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dalam satu kenyataan media bertarikh 2 Februari berkata, keputusan ini bermakna Najib akan dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028.

“Sebanyak lima (5) kertas pengampunan termasuk permohonan YBhg. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan tersebut yang dipengerusikan oleh Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

“Setelah menimbangkan pendapat dan nasihat, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 telah memutuskan hukuman ke atas Najib Razak diberikan pengurangan 50% bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar.”

Denda turut dikurangkan, namun tambah penjara 1 tahun jika tak bayar

Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutan Kuala Lumpur Labuan dan Putrajaya ke-61 yang bersidang pada 29 Januari lalu itu turut memutuskan Najib akan mendapat pengurangan denda iaitu daripada RM210,000,000 kepada RM50,000,000.

Tempoh penjara Najib bagaimanapun akan ditambah selama satu tahun sekiranya dia gagal membayar denda tersebut menjadikan tarikh pembebasannya bertukar kepada 23 Ogos 2029.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.