fbpx
Now Reading
Menangis Di Atas Pentas Bukan Kerana Komen Mas Idayu, Tapi Kecewa Dengan Diri Sendiri- Sissy Iman
Tangisan bukan kerana komen Mas Idayu, tetapi kecewa dengan diri sendiri

Menangis Di Atas Pentas Bukan Kerana Komen Mas Idayu, Tapi Kecewa Dengan Diri Sendiri- Sissy Iman

Menurut Sissy Iman dia hanya mahu fokus melangkah ke depan selain tidak mahu memikirkan lagi perkara yang sudah berlalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Minggu lalu, tular satu video di media sosial yang memaparkan peserta dan penyanyi, Sissy Iman yang menangis sebaik sahaja dia menerima komen dari juri, Mas Idayu dalam program realiti, Famili Duo.

Menerusi video berkenaan Sissy Iman bersama pasangan duetnya, Naim Daniel telah dikomen dengan tegas sebaik sahaja selesai membuat sebuah persembahan pada 22 Januari yang lalu.

Reaksi spontan penyanyi wanita itu secara tidak langsung telah menarik perhatian pelbagai pihak termasuklah penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang meminta dia untuk tidak berputus asa dan kental dalam menjadi anak seni.

Baca artikel berkaitan: Dikritik Sehingga Menangis, Siti Nurhaliza Nasihat Sissy Iman Kental Dalam Industri Seni

Menangis bukan kerana komen tegas Mas Idayu, tetapi Sissy kecewa dengan diri sendiri

Terbaharu, Sissy tampil menyatakan bahawa dia menangis bukanlah kerana berasa kecil hati dengan komen tegas yang diberikan Mas Idayu, tetapi lebih kepada kecewa terhadap diri sendiri.

Memetik laporan Kosmo, Sissy memaklumkan di antara dia dan penyanyi dangdut terkenal itu tidak mempunyai sebarang isu seperti mana yang diperkatakan malah menyatakan tangisan tempoh hari disebabkan rasa bersalah kerana mengecewakan sepupunya, Naim Daniel.

“Sejujurnya, saya mengalirkan air mata kerana rasa kecewa dengan diri sendiri apabila persembahan lagu Jampi yang berkonsepkan keroncong tidak menjadi seperti dirancang.

“Saya merasakan persembahan tidak seperti diharapkan yang membuatkan saya seperti mengecewakan Naim apatah lagi prestasinya pada malam itu baik-baik sahaja,” ujarnya kepada Kosmo.

Belum mohon maaf kepada juri berhubung insiden lepas

Ketika disoal adakah sudah meminta maaf kepada juri berhubung insiden yang berlaku sehingga dikecam oleh penonton, Sissy mengaku dirinya belum lagi melakukan hal berkenaan ekoran beberapa sebab.

“Sebenarnya dalam tempoh satu minggu ini saya memang tidak menjawab sebarang panggilan telefon dan tidak membaca mesej dalam mana-mana platform.

“Kalau ada pun cuma balas mesej dan panggilan Naim sahaja, tetapi pada awalnya dia pun saya tak pedulikan. Cuma selepas beberapa kali cubaan, saya baru bagi maklum balas.

“Jadi tengok dahulu macam mana (hubungi Mas Idayu),” kata peserta Famili Duo yang menyatakan juri hanya melakukan tanggungjawab mereka.

Tak baca sebarang mesej atau komen demi kesihatan mental

Dia yang sebelum ini berdiam diri selepas kejadian itu, akui dia tidak membaca sebarang komen mahupun mesej peribadi kerana tidak mahu perkara tersebut menjejaskan kesihatan mentalnya.

“Kalau baca pun cuma sekali lalu sahaja. Selepas saya muat naik perkongsian Instagram dalam tempoh seminggu ini, saya terus menutup aplikasi tersebut,” jelasnya.

Menurut Sissy Iman yang sudah 10 tahun di dalam industri muzik, dirinya kini hanya mahu fokus untuk melangkah ke depan selain tidak mahu memikirkan tentang perkara lampau lagi.

Sissy dan Naim mara ke peringkat akhir

Malah pasangan itu turut menunjukkan kemampuan mereka apabila layak ke peringkat akhir program realiti berkenaan pada minggu hadapan.

Dalam pada itu, Naim Daniel dan Sissy selepas persembahan memilih untuk tidak merayu kepada Mas Idayu untuk memberikan komen seperti yang dilakukan rakan peserta yang lain.

Ramai berbuat sedemikian selepas Ajai yang juga juri tetap program berkenaan memaklumkan pada awal program bahawa Mas Idayu tidak mahu memberikan komen.

Sebaliknya Naim yang ditanya oleh pengacara, Janna Nick selepas selesai membuat persembahan berpendapat keputusan untuk memberikan komen atau tidak terpulang kepada juri.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.