Sebelum ini, media ada melaporkan tentang desas-desus yang mengatakan adik penyanyi dan pelakon terkenal, Fyna Jebat sudah berkahwin dengan bekas jurulatih bola sepak terkemuka, Datuk Zainal Abidin Hassan.
Malah perkara itu terus menjadi perhatian di media sosial apabila tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Fyna dan juga bekas jurulatih pasukan bola sepak Penang FC dan Melaka United pihak berhubung hal tersebut.
Sahkan sudah bernikah dengan Zainal Abidin
Terbaharu, Fyna telah mengesahkan bahawa dia sudah bernikah dengan jurulatih berusia 61 tahun berkenaan semasa ditemubual selepas membuat persembahan dalam satu program nyanyian, Famili Duo.
“Alhamdulillah, saya telah pun bernikah. Terima kasih banyak-banyak. Harap doakan saya dan keluarga,” ujar adik selebriti, Ayda Jebat itu.
Maklum suami beri sokongan masuk program Famili Duo
Memetik laporan Harian Metro, Fyna atau nama penuhnya, Nur Syafinaz Jebat yang berusia 29 tahun itu berkata, dia tidak boleh menjelaskan secara terperinci berkenaan majlis pernikahan berkenaan.
“Apa yang saya boleh beritahu, suami beri sokongan untuk saya memasuki Famili Duo,” jelasnya.
Ayda Jebat lega atas pendedahan adik sudah bernikah
Ayda dalam pada itu, turut menyatakan dia berasa lega selepas Fyna memaklumkan hal berkenaan kepada pihak media.
“Rasanya, tidak ada apa yang perlu diluahkan lagi. Saya bangga apabila adik saya dapat dedahkan pada semua orang.
“Buat masa ini fokus kami pada Family Duo,” ucap Ayda Jebat.