fbpx
Now Reading
“Mereka Bercerai 2 Minggu Lalu” – Saudara Sahkan Zainal Abidin & Fyna Jebat Sudah Bercerai

“Mereka Bercerai 2 Minggu Lalu” – Saudara Sahkan Zainal Abidin & Fyna Jebat Sudah Bercerai

Selain itu, Zahira juga mempertikaikan satu hantaran yang mengatakan Fyna Jebat dan madunya, Zalina Zaini sudah berdamai kerana kelihatan mereka duduk semeja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Desas-desus yang mengatakan pasangan selebriti, Datuk Zainal Abidin Hassan dan penyanyi Fyna Jebat sudah pun bercerai akhirnya terjawab apabila saudara terdekat Zainal mengesahkan perkara itu.

Menurut saudara bekas jurulatih bola sepak itu, punca penceraian pasangan yang baru berkahwin pada awal tahun 2023 itu disebabkan tiada persefahaman antara Fyna dan isteri pertama Zainal Abidin, Datin Zalina Zaini.

“Apa yang dikongsikan anak Zainal itu boleh saya cakap betul. Mereka memang sudah bercerai dua minggu lalu.

“Punca cerai adalah disebabkan kedua-dua isteri Zainal itu mereka tidak ada persefahaman. Jadi mereka ambil keputusan untuk bercerai,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Terdahulu isu tersebut menjadi bualan hangat selepas anak perempuan Zainal itu Zahira Aisyah dalam satu komen di media sosial mendedahkan yang bapanya sudan menceraikan Fyna.

Anak Zainal Abiddin pertikai Fyna Jebat dan ibunya sudah berdamai

Selain itu, Zahira juga mempertikaikan satu hantaran yang mengatakan Fyna Jebat dan madunya, Zalina Zaini sudah berdamai kerana kelihatan mereka duduk semeja.

“Kenapa perlu post balik cerita 4 bulan yang lepas? Also, my mom did not (malah ibu saya tidak) ‘berdamai’ with anyone and this story is not true (dengan sesiapa dan cerita ini tidak betul).

“And for your information my dad has divorced Fyna Jebat (untuk makluman anda bapa saya sudah ceraikan Fyna Jebat. Mohon delete post ni, thank you (tolong padam ciapan ini, terima kasih),” tulisnya yang dipetik Harian Metro.

Zahira Aisyah beri bayangan perkara sebenar yang sedang berlaku

Dalam pada itu, Zahira Aisyah menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya juga seakan memberi bayangan perkara sebenar yang sedang berlaku.

Ia seakan-akan menggambarkan yang bapanya sudah membuat keputusan yang tepat dan dia sekeluarga bersyukur dengan ujian ini.

Malah Zahira juga berharap agar hubungan rumah tangga ibu bapanya semakin erat dan bertambah dengan kasih sayang serta ujian yang datang.

Untuk info, Zainal Abidin sudah mendirikan rumah tangga dengan Zalina pada 1980 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata dan dia kemudiannya berkahwin dengan Fyna Jebat pada awal tahun ini.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.