fbpx
Now Reading
Fatin Afeefa Buang Semua Gambar Bersama Suami Lepas Buat Video Sindiran? [Video]

Fatin Afeefa Buang Semua Gambar Bersama Suami Lepas Buat Video Sindiran? [Video]

Menerusi tinjauan di Instagram Fatin Afeefa kelihatan gambarnya bersama Opai termasuk foto perkahwinan tidak lagi dipamerkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang atau dikenali sebagai Opai dikecam hebat selepas menyifatkan individu yang memakai kenderaan jenis Honda, AMG, Mustang atau yang bukan dalam kategori supercar sebagai ‘kereta najis’.

Video tersebut kemudian menjadi tular dan sohor di media sosial sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada orang ramai.

Malah video tersebut turut mendapat perhatian Tengku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri ibni Sultan Ibrahim menerusi satu kenyataan di Instagram meminta pemilik kereta mewah tidak bersikap sombong serta memandang rendah terhadap orang lain.

Fatin Afeefa balas kenyataan suami gelar ‘kereta najis’

Susulan dari penularan video tersebut, Fatin Afeefa kemudian membalas kenyataan Opai menerusi satu video dan menyifatkan ia adalah tidak wajar.

Menurutnya ‘lelaki’ yang dikatakan dalam video berkenaan sepatutnya memikirkan tentang keluarga sebelum membuat kenyataan itu.

“Baru-baru ini, ada satu video viral tentang seorang lelaki menghina orang yang bawa kereta Honda, Mustang atau bukan supercar.

“Bagi saya ia tidak patut, memang sangat terutamanya merendah-rendahkan orang.

“Kena fikir anak bini, kesian siapa bini dia tu,” kata Fatin Afeefa.

Siap tunjuk pakai ‘kereta najis’

Dia dalam masa sama turut menunjukkan kereta jenis Mercedes AMG dan menyatakan itu adalah ‘najis’ miliknya.

Bukan itu sahaja dia juga meminta orang ramai yang memakai kenderaan jenis Honda untuk menghantar gambar selfie mereka bersama kereta kesayangan dan mahu memberi produknya secara percuma kepada 100 orang.

@fatinafeefa8

Honda pekak, AMG, mustang semua najis dia cakap. Kita pun di najiskan nya. Takpe, geng honda send me a selfie with your Honda, fa nak belanja 100 box #leanbyfa Lantakkan dia. Kena ingat hidup tak selamanya diatas, bro.

♬ original sound – 𝐑𝐚𝐩𝐃𝐮𝐥𝐮𝐁𝐚𝐫𝐮𝐊𝐚𝐦𝐮 – 𝐑𝐚𝐩𝐃𝐮𝐥𝐮𝐁𝐚𝐫𝐮𝐊𝐚𝐦𝐮

Tiada gambar bersama suami

Namun apa yang menjadi perhatian, tidak sampai beberapa hari video balas itu dikeluarkan pelakon berkenaan dipercayai telah memadam kesemua gambar suami di Instagram miliknya.

Perkara ini secara tidak langsung telah menimbulkan tanda tanya mengenai status hubungannya bersama dengan Opai.

Menerusi tinjauan kami, foto perkahwinan mereka juga tidak lagi dipamerkan di laman sosial tersebut.

Malah bukan hanya di Instagram Fatin Afeefa, tinjauan kami di Instagram milik Opai turut menemukan perkara yang sama apabila tiada lagi gambar mereka bersama dipamerkan di Instagram.

Walau bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang desas-desus atau berita yang kurang enak mengenai perkahwinan selebriti terbabit.

Kami doakan agar hubungan mereka baik-baik sahaja.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.