fbpx
Now Reading
Review: Filem Seram Dengan Elemen Kekeluargaan, Rahsia Terbitan Astro Shaw Penuh Kejutan!

Review: Filem Seram Dengan Elemen Kekeluargaan, Rahsia Terbitan Astro Shaw Penuh Kejutan!

Filem Rahsia 2023 merupakan versi ‘reboot’ yang tampil dengan pembaharuan tanpa melupakan elemen asal filem Rahsia pada tahun 1987.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (1 Ogos), kami berkesempatan untuk ke malam gala dan tayangan filem Rahsia terbitan Astro Shaw bersama Five Star Trading dan produksi Kuman.

Filem Rahsia ini merupakan sebuah filem seram ‘reboot’ daripada cerita asal yang ditayangkan pada tahun 1987 dengan menggunakan nama yang sama.

Foto: BuzzKini/Hairi Ezreen

Selain itu, filem yang menggunakan tagline ‘Dia Takkan Pergi’ ini diarahkan oleh Shamyl Othman, yang juga merupakan anak kepada pengarah filem asal iaitu Othman Hafsham.

Skrip bagi filem Rahsia versi remake ini pula ditulis oleh penulis hebat dan creator siri popular One Cent Thief, Alfie Palermo.

Antara kekuatan utama filem Rahsia 2023 ini pastinya lakonan mantap daripada barisan pelakon hebat seperti Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha dan banyak lagi.

Barisan pelakon utama Rahsia versi remake (Foto: BuzzKini/Hairi Ezreen)

Sinopsis filem Rahsia

Ramlah lakonan Nabila Huda yang juga seorang suri rumah telah pulang ke rumah Tan Sri Ibrahim (Eman Manan) bagi menyambut ulang tahun bapanya itu.

Ramlah pulang bersama-sama suaminya, Hamdan iaitu lakonan Fikri Ibrahim serta dua anak mereka, Marina (Qistina Raisah) dan Saiful (Syed Ali Murtadha).

Bagaimanapun, keadaan yang penuh keceriaan mula bertukar keruh apabila Saiful tiba-tiba hilang semasa mereka berkelah di tepi pantai.

Pihak polis yakin Saiful telah hilang, namun ibunya pula mula diganggu kelibat anaknya sekaligus merungkai segala rahsia yang terpendam selama ini.

Review filem Rahsia

Untuk review, kami boleh katakan filem Rahsia 2023 ini benar-benar memenuhi citarasa penonton yang menginginkan sebuah filem seram tempatan.

Meskipun ia adalah versi ‘reboot’ jalan ceritanya tetap menarik apabila tampil dengan pembaharuan tanpa melupakan elemen asal.

Boleh dikatakan setiap babak pasti ada sahaja kejutan yang akan dilakukan!

Sebagai penonton kami dapat rasakan perasaan diselubungi ketakutan dan debaran dari awal filem bermula sehingga tamat.

Pemilihan lokasi penggambaran, efek bunyi, posisi kamera serta efek peralihan video yang dilakukan dalam filem ini juga amat baik.

Secara keseluruhan, kami amat berpuas hati dengan filem Rahsia ini sekaligus membuatkan kami ingin menonton semula versi asal pada tahun 1987 itu.

Filem Rahsia versi asal pernah cetus fenomena, bolot 7 anugerah di FFM7

Untuk info, Rahsia versi asal pernah mencetuskan fenomena dengan jalan cerita yang berkonsepkan misteri thriller. Ia menjadi filem tempatan pertama yang diangkat sebagai Filem Terbaik di Festival FIlem Malaysia ke-7 (FFM7) serta membolot tujuh anugerah dalam kategori lain, termasuk Pengarah Terbaik.

Barisan pelakon Rahsia versi asal bersama pengarah Othman Hafsham (Foto: BuzzKini/Hairi Ezreen)

Akhir sekali buat para penonton di luar sana, nantikan filem Rahsia yang akan menemui anda pada 10 Ogos ini di pawagam seluruh negara.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.