fbpx
Now Reading
Tindakan Nabila Huda Kongsi Makanan Dengan Kucing Jadi Perhatian

Tindakan Nabila Huda Kongsi Makanan Dengan Kucing Jadi Perhatian

Namun menurut Mufti Perlis, Dr Maza makanan yang dikongsi dengan kucing boleh dimakan jika tiada kesan kotor atau najis daripada gigitan kucing berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kucing merupakan haiwan yang paling banyak dijadikan sebagai binatang peliharaan. Sikap yang manja dan gebu sering membuatkan pemiliknya berasa senang dengan kehadiran si comel.

Malah apa yang lebih menarik segelintir yang mempunyai kucing turut meluangkan masa bersama-sama dengan melakukan pelbagai aktiviti.

Bukan hanya itu ada juga segelintir pemilik yang tidak kisah berkongsi makanan dengan kucing mereka dek kerana hubungan yang sangat akrab.

Video Nabila kongsi makanan dengan kucing undang perhatian

Baru-baru ini, pelakon terkenal iaitu Nabila Huda telah berkongsi makanan bersama kucing peliharaan dalam satu mangkuk yang sama.

Menerusi video yang dikongsikan di Facebook, kelihatan aktres berkenaan sedang menikmati makanan bijirin bersama susu dan turut kelihatan kucing peliharaannya yang berwarna oren sedang menjilat makanan tersebut.

Pelakon yang juga anak kepada penyanyi terkenal, Amy Search itu kemudian turut menulis di ruangan kapsyennya ‘makanan awak adalah makanan saya’.

Ramai sifatkan aktres tersebut tidak sepatutnya berkongsi makanan dengan kucing

Perkara itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai yang menyifatkan manusia tidak sepatutnya berkongsi makanan dengan kucing peliharaan menggunakan bekas yang sama dan bimbang jika ia mempunyai kuman yang boleh membahayakan kesihatan.

Ini kerana ada yang menyatakan kerana kucing tidak melakukan rutin kebersihan seperti manusia iaitu mandi, menggosok gigi dan sebagainya.

Namun cara kucing membersihkan diri mereka adalah dengan menjilat bulu-bulunya.

Di ruangan komen turut terdapat individu mendakwa dia pernah mendengar ceramah mengatakan manusia tidak boleh berkongsi makanan dengan kucing dalam satu pinggan yang sama namun tidak tahu sejauh mana kesahihannya.

“Air liur kucing bersih, tak ada kuman, ada orang buat ujian makmal air liur kucing dengan anjing”

“Kucing dia, dia bagi mandi, grooming bagai.. main dekat luar payah sekali. Setiap hari cuci kaki dia, relax dah lah. Yang ramai geli pasal apa.. kucing dia, dia tahulah adoii”

Mufti Perlis jelaskan boleh kongsi makanan dengan kucing asalkan tiada kesan najis

Berdasarkan carian kami mengenai hal itu, terdapat satu ceramah yang disampaikan oleh Mufti Perlis iaitu Datuk Prof Dr Maza yang menyatakan makanan yang dikongsi dengan kucing boleh dimakan sekiranya ia tiada sebarang kesan kekotoran atau najis.

“Nabi bersabda kucing bukanlah najis sebaliknya ia adalah haiwan yang mengelilingi kamu.

“Kita akan beritahu beberapa keadaan, jika kucing itu gigit roti dan pada makanan tersebut tiada sebarang kesan maka ia halal, maksudnya ia bersih.

“Tetapi jika kucing gigit roti, dan pada roti itu ada kesan najis lain seperti darah. Mungkin kucing itu tadi makan burung, burung yang dibunuh oleh kucing yang tak disembelih adalah bangkai dan ia juga najis,” katanya yang menjawab soalan dari seorang individu.

Tak semua makanan manusia boleh dimakan kucing

Oleh itu, ini menjadikan berkongsi makanan dengan kucing adalah suatu perkara yang boleh dilakukan namun sebagai individu yang membela kucing, anda juga perlu tahu bahawa tidak semua makanan manusia boleh dimakan si manja.

Antara makanan yang tidak sesuai diberikan kepada si bulus adalah yang terlalu banyak kandungan karbohidrat, coklat, kek, durian serta banyak lagi.

Jika dimakan ia boleh menyebabkan keracunan makanan pada kucing kesayangan anda.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.