“Mohon Doakan” – Nadia Brian Terkejut Terima Respon Positif Dari Warganet Selepas Kongsi Foto Berhijab
Nadia mula mendapat perhatian warganet apabila berkongsi foto berhijab sewaktu menghadiri Perhimpunan 10K Solidariti Palestin yang berlangsung di ibu Kota pada 28 Oktober yang lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Hijrah umumnya membawa maksud perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain. Namun, mengikut konteks individu, ia merupakan perubahan yang lazimnya membawa kepada kebaikan.
Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia untuk mengalami perubahan dalam fasa kehidupan. Apa yang membezakan adalah sama ada ia menjadikan seseorang itu lebih baik atau sebaliknya.
Kongsi Foto Berhijab, Nadia Brian Terima Reaksi Positif Dari Warganet
Terbaharu, pelakon Nadia Najwa Mohamed atau lebih dikenali sebagai Nadia Brian telah berkongsikan foto dia menggayakan imej bertudung melalui Instagram miliknya.
Foto tersebut menunjukkan Nadia mengenakan hijab sewaktu menghadiri Perhimpunan 10K Solidariti Palestin yang berlangsung di ibu Kota pada 28 Oktober yang lalu.
Hantaran itu nyata mendapat perhatian dan respon positif daripada warganet. Rata-rata memuji penampilan Nadia yang dilihat lebih sopan dan berbeza dengan dirinya sebelum ini.
Mengakui Ada Niat Ke Arah Bertudung, Nadia Mohon Doa Semua
Terkejut dengan respon yang diberikan oleh warganet terhadap dirinya ketika menggayakan imej berkenaan, pelakon drama Suri Hati itu memaklumkan bahawa dia belum membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya.
Namun, dia memohon agar peminat mendoakannya kekal dengan penampilan seperti itu pada suatu hari nanti.
“Doakan baik-baik ke arah itu sebab memang saya pun memang nak arah itu tapi sekarang ini belum lagi sebab saya baru saja sign kontrak untuk drama terbaharu ni.
“Memang belum (pakai) sepenuhnya tapi doakan buat saya… terima kasih banyak kepada yang menyokong, saya pakai tudung ni bukan untuk buat orang ramai suka ke apa tapi langkah pertama ke arah kebaikan.
“Tak sangka ramai yang mesej dan terkejut melihat perubahan imej bertudung ni, saya hargai sangat setiap doa dan kata-kata yang diberikan kepada saya,” kata Nadia yang dipetik dari Mstar.
Pada masa yang sama, Nadia turut memaklumkan bahawa dia kini menyertai Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) bagi membantu insan-insan yang memerlukan terutama buat rakyat Palestin yang sedang menderita.
“Allah dah bagi segala-galanya, Allah dah bagi nikmat, jadi saya rasa kenapa tidak kita membantu sesama manusia,” kata Nadia lagi.
Terdahulu, hantaran Nadia mula mendapat perhatian warganet apabila berkongsikan imej berhijab di akaun media sosialnya.
Rata-rata warganet memuji dengan imej sopan yang dikongsikan oleh Nadia. Malah, ada segelintir yang menyangka Nadia telah berubah sepenuhnya selepas berkongsikan gambar tersebut.
Berikut merupakan antara komen warganet:
Semoga Allah Kurniakan Barakah Buatmu & Istiqamah
Wallahi, Manis Macam Ni
Cantiklaa, Nadia Kalau Pakai Hijab Macam Orang Arab
Semoga Kekal Istiqomah Sepanjang Hayat
Baca Artikel Berkaitan: