Seorang selebriti wanita tempatan yang pernah bergelar penyanyi dilaporkan berdepan detik cemas pada bulan lalu apabila anaknya dilarikan seorang warga asing yang merupakan pembantu rumah.
Namun, selebriti wanita berkenaan bertindak pantas membuat laporan di Balai Polis Ampang, Selangor hingga pembantu rumah berjaya itu ditahan polis pada hari kejadian.
Pembantu rumah ditahan pada hari kejadian, dakwa dalang adalah vokalis kumpulan popular
Menurut laporan Harian Metro, pembantu rumah itu berjaya ditahan pihak berkuasa pada hari kejadian.
Apa yang mengejutkan, siasatan pihak mendapati individu yang didakwa menjadi dalang penculikan adalah bekas suami selebriti itu iaitu seorang vokalis kumpulan terkenal.
Dakwa diarah bawa lari kerana penyanyi lelaki rindukan anaknya
Menurut pembantu rumah itu, dia telah diarah oleh penyanyi lelaki berkenaan kerana sudah lama tidak bertemu anak lelakinya.
Dalam laporan sama, anak berkenaan difahamkan adalah anak angkat mereka ketika pasangan ini masih lagi bergelar suami isteri.
Difahmkan kes mengenai hak penjagaan anak mereka itu akan dibawa ke mahkamah syariah.