fbpx
Now Reading
Ini Sebab Kenapa Ramai Pertahan Convent Bukit Nanas

Ini Sebab Kenapa Ramai Pertahan Convent Bukit Nanas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Rakyat Malaysia telah bersama-sama cuba untuk mempertahankan Sekolah Convent Bukit Nanas (CBN) yang kini telah mencecah usia satu abad bertempat di Kuala Lumpur.

Petisyen dalam talian ‘Selamatkan SMK Convent Bukit Nanas’ bermula dengan berita mengenai penolakan kerajaan untuk memanjangkan pajakan tanah sekolah yang bakal berakhir pada 6 September 2021 kepada pentadbiran sekolah kendalian ‘Lady Superior’ dari Persatuan Saint Maur.

Foto: Change.org

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz yang merupakan alumni CBN turut meminta agar institusi bersejarah itu dipelihara sebagai tapak warisan negara.

Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad menerangkan sebab untuk perkara yang sama menerusi ciapannya.

Menurut Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP), keputusan untuk tidak memperbaharui pajakan CBN bukanlah untuk merobohkan bangunan ikonik itu tetapi untuk dijadikan sekolah kerajaan yang dibiayai sepenuhnya.

Pengarah PPTGWP, Datuk Muhammad Yasir menjelaskan bahawa sekolah itu akan mendapat lebih banyak keuntungan dengan menjadi sebuah institusi milik kerajaan yang mendapat bantuan sepenuhnya dan difahamkan bahawa pihak sekolah mempunyai hak membuat rayuan untuk mempertahankan tanah tersebut.

Namun, jika ‘Lady Superior’ Persatuan Saint Maur ingin mengendali sekolah itu, mereka boleh membuat rayuan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Jika mereka memilih untuk melakukannya, sekolah itu mungkin tidak akan menikmati manfaat sama seperti sekolah kerajaan yang mendapat bantuan penuh.

Pengarah PPTGWP Datuk Muhammad Yasir menerusi The Star

Convent Bukit Nanas, atau terkenal sebagai CBN, ditubuhkan pada tahun 1899. CBN ditubuhkan hanya lima tahun selepas Victoria Institution (VI) dan merupakan salah satu sekolah tertua di negara ini.

Foto: Coconuts KL

Tanah CBN yang bermula dengan sederhana dibeli oleh ‘sisters’ dengan sumbangan orang ramai.

CBN adalah salah satu sekolah pertama yang dipilih sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan oleh Kementerian Pendidikan. Empat sekolah utama Malaysia, iaitu Convent Bukit Nanas, VI, St Thomas di Sarawak dan All Saints di Sabah, diberi penghormatan pada tahun 2008 kerana kelebihan mereka dalam akademik, sukan dan aktiviti kokurikulum, dengan dipaparkan dalam setem peringatan dan ini membuktikan pencapaian hebat pelajar CBN.

Foto: CBN Alumni

Secara akademik, CBN terus menjadi antara sekolah berprestasi terbaik dalam SPM di Kuala Lumpur, dengan muncul sebagai yang terbaik pada tahun 2010.

Foto: CBN Alumni

Semasa pendudukan Jepun, CBN bertindak sebagai tempat perlindungan sementara bagi ratusan pelarian awam. Menyediakan tempat perlindungan yang kemudian berjaya menyelamatkan ratusan nyawa semasa perang, layak mendapat tempat tetap dalam sejarah negara kita.

CBN juga pernah menjadi rumah bagi anak-anak yatim, bayi yang ditinggalkan dan kanak-kanak bekeperluan khas yang diajar dan dibesarkan menjadi orang dewasa yang mandiri. Tidak banyak sekolah yang meninggalkan warisan itu.

Foto: CBN Alumni

Ia merupakan satu daripada sekolah-sekolah perempuan yang masih kekal utuh dan telah menghasilkan banyak personaliti yang berjaya, diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa seperti menteri, sultanah, peguam, doktor, penyampai TV, ahli politik, aktres dan banyak lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.