
9 Lokasi Menarik Di Malaysia Bagi Anda Yang Gemar ‘Stargazing’, Tak Perlu Pergi Luar Negara
Perkongsian ini hanyalah sebahagian sahaja, kerana di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak masih terdapat banyak lagi tempat untuk menikmati keindahan bintang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Rakyat Malaysia sememangnya gemar mengembara atau melancong ke tempat-tempat menarik mengikut minat mereka.
Bagi yang mencintai alam semula jadi, sudah pasti aktiviti seperti ‘camping’ di hutan atau air terjun menjadi pilihan utama mereka.
Namun, pernah kah anda terfikir tempat yang sesuai bagi mereka yang gemar astronomi iaitu melihat keindahan jutaan bintang yang ada di atas langit?
Kebanyakan dari kita terfikir tempat sebegini biasanya hanya ada di luar negara, namun sebenarnya di Malaysia juga anda boleh merasai pengalaman yang sama.
Menerusi ciapan di laman Twitter akaun @shamihakim13, berikut adalah senarai tempat ‘stargazing’ yang ada di semenanjung Malaysia.
Korang tahu tak kat Malaysia pun ada tempat untuk "Stargazing" tau. Bukan kat oversea je!
— SyahRimau (@syahmihakim13) November 1, 2022
So korang boleh la plan dengan kawan kawan or family untuk camping or dinner under the ✨stars✨gitu.
Here's the thread for location in semenanjung Malaysia🪡 ✨⭐️🤩
#1 Sekinchan, Selangor
Sebut pasal Sekinchan, pasti anda akan terbayang ikan bakar dan juga sawah padi yang menghijau kan? Memang benar kerana di sini banyak sawah padi dan hasil laut daripada nelayan-nelayan tempatan.
Namun, di kawasan ini juga anda boleh melihat ribuan hamparan bintang yang menyinari ruang langit pada waktu malam.

#2 Pantai Bagan Lalang, Selangor
Masih di Selangor, tetapi kali ini bagi anda yang meminati tiupan angin laut sambil menikmati keindahan bintang di angkasa, Pantai Bagan Lalang, Sepang semestinya menjadi pilihan.
Nak datang ke sini dari Kuala Lumpur pun dekat sahaja, sekitar sejam memandu melalui Lebuhraya Plus menuju KLIA.

#3 Kuala Kubu Bharu Dam, Hulu Selangor
Kalau nak tahu, Kuala Kubu Bharu merupakan destinasi hujung minggu yang popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pencinta alam semula jadi. Kawasan ini pun terletak hanya 60km di utara Kuala Lumpur.
Selain banyak menawarkan aktiviti sukan yang mencabar dan juga mempunyai banyak bangunan bersejarah, mural dan pemandangan landskap menghijau, dekat sini juga menarik bagi yang gemar ‘stargazing’ ala-ala di oversea.

#4 Fraser Hill, Pahang
Umum mengetahui, Bukit Fraser atau Fraser Hill sudah lama menjadi destinasi pilihan buat mereka yang mahukan pengalaman percutian dingin tanpa perlu pergi ke luar negara.
Terletak hanya 2 jam lebih dari Ibu Kota, Fraser Hill memberikan pelbagai pengalaman terbaik termasuk melihat jutaan bintang berkelip di langit pada waktu malam.

#5 Pulau Gemia Marang, Terengganu
Cakap saja pasal Terengganu, sudah pasti yang terlintas difikiran adalah keindahan pulau yang ada di sana. Namun Pulau Gemia yang terletak di Marang ternyata tidak begitu popular dan dikenali ramai.
Pulau ini terletak 800 meter dari Pulau Kapas dan jaraknya hanya 5km dari tanah semenanjung. Walaupun ia tidak sebegitu popular seperti Pulau Redang dan Pulau Perhentian, tetapi pulau ini tetap menarik dengan ada ribuan bintang yang kelihatan terang pada waktu malam.

#6 Pantai Teluk Bidara, Terengganu
Walaupun banyak pantai-pantai menarik di sekitar Dungun, tetapi masih ramai orang yang gemar singgah di Pantai Teluk Bidara sebab kawasannya yang jauh dari bandar dan tenang.
Pantai ini juga merupakan antara pantai di Malaysia yang memilik air yang jernih dan juga bersih. Bila waktu malam pula, cahaya bintang yang akan menyinari tempat ini memang menarik kan?

#7 Kuala Sepetang, Perak
Kuala Sepetang hanya beberapa kilometer dari bandar Taiping, sebuah perkampungan nelayan yang sangat menarik terletak di salah satu kawasan hutan bakau pantai yang paling penting di Malaysia.
Bila tiba waktu malam pula, ribuan bintang yang menyinari langit setia menemani nelayan yang keluar mencari rezeki pada waktu itu.

#8 Mersing, Johor
Bagi anda yang inginkan percutian seperti di Thailand yang kaya dengan pulau-pulau yang indah namun dalam masa sama inginkan lebih privasi, sudah pasti hanya perlu ke Mersing di Johor.
Tempat ini juga dihiasi dengan bintang yang menyinar pada waktu malam, jadi anda boleh ‘stargazing’ dengan tenang dan damai tanpa diganggu orang ramai.

#9 Tasik Pedu, Kedah
Untuk info, Tasik Pedu merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Kedah. Kawasan tasik ini dikelilingi dengan keindahan flora dan fauna. Pada waktu malam pula, tempat ini kaya dengan ribuan bintang yang mewarnai langit.

Perkongsian ini hanyalah sebahagian sahaja, kerana di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak masih terdapat banyak lagi tempat untuk menikmati keindahan bintang ciptaan Allah SWT.
Jika anda mengetahui lebih banyak tempat menarik untuk ‘stargazing’ yang ada di Malaysia, jangan lupa untuk kongsikannya di ruangan komen di media sosial kami.