Ini 10 Senarai Manifesto Menarik BN Untuk Rakyat Jika Menang PRU15

Seperti yang diketahui umum, semalam (7 November), Pengerusi Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah melancarkan manifesto Perancangan Amal Dan Usaha (PADU) parti tersebut jika mereka diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

PADU adalah tawaran baru daripada BN kepada rakyat Malaysia dan di dalamnya terdapat 99 amal dan usaha parti terbabit yang akan menjadi panduan dalam mengemudi negara sekiranya menang PRU15 kelak.

Berikut kami senaraikan 10 manifesto menarik yang ditawarkan oleh BN untuk rakyat jika mandat pada PRU15 diberikan kepada parti gabungan tersebut.

#1 Skim Bantuan Pendapatan Asas

BN komited dalam menangani isu kemiskinan di negara ini. Oleh itu, Skim Bantuan Pendapatan Asas (Assistive Basic Income) akan dikreditkan secara automatik setiap bulan kepada semua isi rumah berpendapatan kurang daripada RM2208 sebulan.

Ia adalah satu ‘top up’ atau tambahan pendapatan bulanan bagi memastikan semua isi rumah di seluruh negara mempunyai sekurang-kurangnya RM2208 sebulan.

#2 2% potongan cukai pada kelompok M40

Bagi mereka yang mempunyai pendapatan dalam kelompok M40 dan termasuk dalam kumpulan pembayar cukai antara RM50 ribu hingga RM100 ribu pula, BN akan memberi 2% potongan cukai pendapatan.

Inisiatif ini bagi memastikan golongan M40 meningkat dan mengurangkan beban kewangan mereka.

Foto: Pexels

#3 5 Tahun pengecualian cukai pendapatan pada wanita yang kembali bekerja

Selain itu, BN juga akan menawarkan pengecualikan sepenuhnya cukai pendapatan (0%) selama 5 tahun kepada semua wanita yang kembali ke alam pekerjaan setelah berehat daripada kerjaya (career break).

Inisiatif ini bertujuan untuk mengalakkan wanita yang masih aktif untuk kembali ke pasaran pekerjaan dan pengecualian cukai ini akan meringankan beban setelah berehat daripada pekerjaan.

#4 Liputan internet di seluruh Malaysia dan liputan 5G di semua sekolah

Seiring dengan kemajuan teknologi masa kini dan sedar akan kepentingan internet dalam kerja-kerja seharian masyarakat, BN akan menyediakan 100% liputan internet di seluruh negara dalam masa 30 bulan dan 100% liputan 5G di semua sekolah dalam 18 bulan.

Foto: Pexels

#5 Pendidikan awal dan asuhan percuma

Generasi kini merupakan pelapis masa hadapan negara yang akan terus memberi sumbangan buat tanah air. Oleh itu, BN menawarkan pendidikan awal dan asuhan percuma untuk semua kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah bagi memastikan setiap anak Malaysia mendapat kemudahan persekolahan.

#6 Sistem persekolahan tanpa buku teks dan laptop percuma pada pelajar B40

Kemajuan teknologi hari ini dapat memudahkan segala urusan pekerjaan mahupun pembelajaraan. Membawa buku teks ke sekolah terkadang pasti akan membebankan anak murid kerana harus menggalas beg sekolah yang berat.

Oleh yang demikian, BN akan memperkenalkan sistem persekolahan tanpa buku teks dengan pemberian komputer riba secara percuma kepada semua pelajar B40.

#7 Subjek ‘coding’ dan komuikasi asas akan diperkenalkan

Dalam membina generasi yang mahir dalam sistem ‘coding’ serta fasih berbahasa lain selain bahasa ibunda. BN akan memperkenalkan subjek ‘coding’ dan bahasa komunikasi asas seperti Mandarin, Tamil, Iban, Kadazan, Dusun, dan bahasa etnik lain di semua sekolah.

#8 Pengajian tinggi percuma pada golongan B40

Permasalahan yang sering menjadi tumpuan pastinya bebanan keluarga B40 yang harus menanggung persekolahan anak-anak hingga ke peringkat pengajian tinggi.

Susulan itu, BN bersedia untuk memberikan pengajian tinggi percuma kepada semua individu dari keluarga yang mempunyai pendapat isi rumah yang rendah iaitu B40.

#9 Akta khusus melindungi hak, kebajikan dan pendapatan pekerja

BN akan merangka akta khusus dan segera bagi melindungi hak, kebajikan dan pendapatan pekerja gig.

Semua ini adalah pembaharuan struktural untuk melonjakkan Malaysia menjadi negara yang meletakkan kesejahteraan dan keadilan sosial pada tahap terbaik dan selayaknya.

Foto: malaymail

#10 Hapuskan permit import (AP) kenderaan elektrik (EV)

Masa depan Malaysia juga mesti lestari dan selamat. Untuk itu BN akan menghapuskan semua permit import atau AP untuk semua jenis kereta elektrik bagi memastikan akses yang lebih luas kepada kereta mesra alam mampu milik.

Foto: malaymail

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

4 mins ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

23 mins ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

30 mins ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

30 mins ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

46 mins ago
  • News
  • Trending

‘Bukannya RM1,500’- UNICEF Cadang Gaji Minimum RM2,102 Sebulan

Kadar itu ditetapkan setelah mengambil kira faktor seperti kos sara hidup, pendapatan penengah, pendapatan garis…

58 mins ago