Pakar Ortopedik Dedah Bahaya Tabiat Letupkan Sendi, Rupanya Ramai Tak Tahu
Letupan pada sendi berlaku apabila tekanan yang tinggi dihasilkan secara mengejutkan sehingga menyebabkan terbentuk gumpalan udara.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Mesti korang dah biasa nampak sesetengah individu yang membuat bunyi meletup pada sendi-sendi badan mereka kan?
Kebiasaannya ia dibuat pada bahagian tangan, leher, kaki dan sebagainya. Katanya bagi mengurangkan rasa lenguh pada badan.
Tetapi dari segi kesihatannya pula, adakah tabiat ini yang dilakukan ini akan memberi apa-apa kesan pada masa akan datang? Best tu memang best, tapi takut pula kalau ia boleh membawa mudarat pula kan?
Doktor Perjelas Kesan Suka Buat Bunyi Meletup Pada Sendi Badan
Menerusi sebuah video dimuat naik di laman TikTok (@drzahir.ortho), seorang doktor pakar ortopedik dikenali sebagai Datuk Dr Zahir Husain Kamari telah berkongsi tentang tabiat meletupkan sendi-sendi badan yang sering dilakukan oleh masyarakat tanpa mengira umur.
Jelasnya, letupan pada sendi berlaku apabila tekanan yang tinggi dihasilkan secara mengejutkan sehingga menyebabkan terbentuk gumpalan udara.
Kemudian, pergerakan ekstrem yang dilakukan pada bahagian sendi mengakibatkan ruang udara yang terbentuk menghasilkan bunyi letupan kecil.
Kata doktor ini lagi, tabiat ini jika sudah dilakukan sejak usia muda dan terus dilakukan sehingga menginjak lebih dewasa, ia secara tidak langsung membawa kepada risiko kecederaan yang berterusan pada bahagian sendi.
Apabila anda tua nanti, macam-macam penyakit yang datang. Contohnya, rasa kejut, lenguh, rosak, arthritis dan sebagainya, termasuklah tendon di sekeliling sendi anda akan mudah tercedera dan ia dipanggil Tendinopathy.
Doktor pakar ortopedik, Datuk Dr Zahir Husain Kamari.
Video berkenaan mendapat perhatian ramai sehingga meraih 4.8 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
Netizen Terkejut Rupanya Tak Elok Letupkan Sendi
Menjengah ke ruangan komen video tersebut, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen selepas mengetahui tentang kesan dari melakukan tabiat mereka untuk meletupkan sendi-sendi badan.
Walau bagaimanapun, kebanyakan netizenn mengatakan bahawa mereka sering melakukan letupan sendi itu untuk mengurangkan rasa lenguh pada sesetengah bahagian badan.
“Selalu letupkan pada tengkuk. Kalau tak letupkan tak boleh bergerak sebab lenguh sangat. Kadang tengkuk rasa kejung,” kata netizen.
Seorang netizen pula berkata letupan sendi itu sering terjadi ketika mahu melakukan sujud semasa menunaikan ibadah solat.
“Masalahnya lutut saya bila sujud atau duduk pada lantai, mesti akan berbunyi,” ujar netizen.
Sementara itu, ada netizen yang mempersoalkan tentang rawatan chiropractor yang popular dalam kalangan masyarakat.
Jadi kepada korang yang selalu letupkan sendi-sendi badan, kalau boleh elakkan dari meneruskan tabiat itu mengikut nasihat yang diberikan oleh pakar ortodopedik ini.
Maklumlah badan kita ini mahu dipakai lama, jadi nak tak nak jaga dengan baik agar ia dapat digunakan untuk jangka masa yang panjang pada masa akan datang.
Baca Artikel Berkaitan: Doktor Dedah Bayi Berisiko Terkena Masalah Sendi Jika Salah Bedung, Ini Cara Sebetulnya
Baca Artikel Berkaitan: Jari Kelingking Anda Berlekuk? Ini Sebabnya!
Baca Artikel Berkaitan: Tahukah Anda, Ramai Antara Kita Dibesarkan Dengan Bauan Ikonik ‘Vicks’?