fbpx
Now Reading
Wow! Pereka Rizman Ruzaini Hadiahkan Baju Raya Untuk Frontliners

Wow! Pereka Rizman Ruzaini Hadiahkan Baju Raya Untuk Frontliners

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B-RvYg-jFag/https://www.instagram.com/p/B-ZKYizDYhZ/https://www.instagram.com/p/B-ZKkfeD7nw/

Disaat pasukan barisan hadapan kita sedang bergelut mengekang penularan Covid-19, muncul demi satu figura umum di negara kita yang prihatin dan dengan keadaan para petugas tersebut.

Ada yang menghulurkan bantuan dari bekalan makanan, kelengkapan dan ada juga yang tampil memberikan sokongan moral.

Sedikit sebanyak bantuan dari mereka ini menaikkan kembali semangat dan moral mereka dalam mengharungi ‘perang’ melawan virus maut ini.

Terbaru pereka jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin dan Ruzaini Wan Jamil turut tampil menyumbang kepada petugas barisan hadapan.

Mereka pada mulanya mengumumkan untuk memberikan penghargaan kepada 3 petugas barisan hadapan dengan memberikan gambar mereka semasa bertugas kepada mereka


“Rizman Ruzaini ingin memberikan kembali dan memberi penghargaan kepada frontliners yang kini sedang membanting tenaga, mengasuh mereka yang sakit, menjaga keamanan, keselamatan dan tidak lupa yang masih bantu kami untuk kekal selesa dan kenyang kala RMO (PKP)

“Caranya mudah. Hantarkan gambar unik ketika bertugas dan tag Rizman Ruzaini. Kami akan memilih 3 pemenang paling kreatif dan akan dihadiahkan sepasang baju raya,” umum mereka sebagai syarat pertandingan.

Difahamkan pengumuman mereka mendapat sambutan dari pasukan barisan hadapan yang bertindak berkongsi gambar mereka semasa sedang bertugas

Namun nampaknya mereka telah melakukan lebih dari apa yang dirancang. Mereka bertindak menukar perancangan awal untuk memilih tiga pemenang, sebaliknya memberikan hadiah baju raya kepada semua petugas yang menyertai pertandingan tersebut.

“Anda semua adalah hero sebenar dan kami salut anda. Tahniah dan kami berdoa semoga kita semua akan mendapat rahmat Ramadan dan selamat berhari raya memakai baju Rizman Ruzaini,” tulis mereka melalui pengumuman tersebut.

Kami mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada duo fesyen terkenal ini, Rizman dan Ruzaini kerana usaha murni mereka ini dalam masa sama akan menaikkan moral serta menceriakan frontliners kita

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.