fbpx
Now Reading
Najib Mengaku Tidak Bersalah Terima Wang Hasil Aktiviti Haram Bernilai RM42 Juta

Najib Mengaku Tidak Bersalah Terima Wang Hasil Aktiviti Haram Bernilai RM42 Juta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Datuk Seri Najib Razak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas tiga pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM42 juta ke dalam akaun miliknya.

Beliau mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Pendakwaan diwakili Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria manakala pasukan pembelaan diwakili Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Mohd Hanafiah memohon untuk tiga pertuduhan itu dibicarakan secara bersama dengan empat pertuduhan yang sudah.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan kes kini akan disebut semula di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali di Mahkamah Tinggi 3.

Selepas itu, Mahkamah Tinggi hari ini, tetapkan Jumaat ini untuk mendengar permohonan perintah larangan bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan tarikh itu selepas dimaklumkan peguam Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah bahawa pihaknya sudah mengemukakan permohonan bertulis semalam.

Menurutnya, kedua-dua pihak perlu meneliti dokumen dan sedia untuk berhujah berhubung perkara itu Jumaat ini.

Sementara itu Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup tidak mengemukakan sebarang bantahan.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan memaklumkan tarikh perbicaraan akan ditetapkan selepas itu.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi membenarkan perintah larangan sementara yang dikemukakan oleh Najib menerusi Muhammad Shafee.

Terdahulu, mahkamah dalam keputusannya membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk tiga pertuduhan baru dibacakan hari ini dibicarakan bersama dengan pertuduhan sebelum ini.

Mahkamah juga membenarkan Najib mengguna pakai ikat jamin RM1 juta kes sebelum ini.

Di dalam prosiding yang sama, pertuduhan pindaan terhadap tiga kesalahan pecah amanah jenayah dan satu salah guna kuasa dibacakan semula.

Najib bagaimanapun mengekalkan pengakuan mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas semua pertuduhan itu.

Sumber : Harian Metro, BH Online

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.