fbpx
Now Reading
Asyik Sangat Main Telefon, Anak Terjatuh!

Asyik Sangat Main Telefon, Anak Terjatuh!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

 

https://www.youtube.com/watch?v=eS-9966VHdk

Ketika menunggu kereta api di Stesen Keretapi Beijing, seorang ibu lebih memberi perhatian lebih kepada telefon bimbitnya berbanding anak perempuannya sendiri.

Akibatnya budak perempuan itu terjatuh ke dalam jurang antara platform dan kereta api dalam kejadian pada Selasa.

 

Rakaman video yang tersebar menunjukkan dia menangis sambil berteriak ketika anaknya jatuh terperosok, cuba mencapai anaknya itu dengan satu tangan yang dimasukkan ke dalam jurang untuk cuba menariknya ke atas.

Tidak lama kemudian, pekerja stesen turut menghulurkan tangannya dan berjaya mengangkat kanak-kanak itu dengan selamat sebelum berlaku kejadian tak diingini.

Kejadian itu tidak menyebabkan kelewatan dan budak itu hanya mengalami kecederaan di kepala.

Bagaimanapun seorang anak kepada ibu bapa yang obses dengan telefon pintar mereka tidak begitu bernasib baik pada masa lalu apabila digilis kereta api dan terbunuh.

Beberapa tahun lalu, seorang ibu di wilayah Anhui keluar dari kereta api sambil bermain di telefonnya, meninggalkan anaknya di belakang.

Ketika menyedari dia telah melupakan anaknya sendiri, kereta api itu telah meninggalkan stesen tersebut. –shanghaiist

Sumber : Mstar

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.