
“Saya Amat Menyesal” Lelaki Memohon Maaf Maki Promoter Bir
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada isnin lalu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Edi Rejang telah memaki seorang promoter minuman keras telah membuat permohonan maaf secara terbuka, selepas dikecam oleh orang ramai kerana tindakkannya yang dianggap biadap.
Selain memaki dan melayan promoter wanita itu secara kasar, lelaki tersebut turut menunjukkan isyarat lucah sebelum beredar.
Insiden itu telah membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia di mana Lip Eng kemudian membuat desakan supaya polis mengambil tindakan tegas terhadap lelaki berkenaan.
Walau bagaimanapun, Edi Rejang telah membuat permohonan maaf di halaman Facebooknya pada malam Selasa.

“Saya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada promoter perempuan tersebut. Saya akui kesalahan saya dan amat menyesal di atas tindakan saya terhadap promoter tersebut,” katanya.
Menerusi video permohonan maaf itu, dia turut berharap agar isu berkenaan tidak dipanjangkan oleh mana-mana pihak selepas ini.

“Saya telah bertemu dengan Ahli Parlimen DAP (Kepong), YB (Yang Berhormat) Lim Lip Eng dan telah membuat permohonan maaf kepada pihaknya. YB Lim juga mengatakan akan membuat satu perjumpaan dengan promoter perempuan tersebut secepat mungkin,” tambahnya.
Sumber: mStar