“Saya Amat Menyesal” Lelaki Memohon Maaf Maki Promoter Bir

Pada isnin lalu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Edi Rejang telah memaki seorang promoter minuman keras telah membuat permohonan maaf secara terbuka, selepas dikecam oleh orang ramai kerana tindakkannya yang dianggap biadap.

Selain memaki dan melayan promoter wanita itu secara kasar, lelaki tersebut turut menunjukkan isyarat lucah sebelum beredar.

Insiden itu telah membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia di mana Lip Eng kemudian membuat desakan supaya polis mengambil tindakan tegas terhadap lelaki berkenaan.

Walau bagaimanapun, Edi Rejang telah membuat permohonan maaf di halaman Facebooknya pada malam Selasa.

Gambar: The Malaysian Insight

“Saya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada promoter perempuan tersebut. Saya akui kesalahan saya dan amat menyesal di atas tindakan saya terhadap promoter tersebut,” katanya.

Menerusi video permohonan maaf itu, dia turut berharap agar isu berkenaan tidak  dipanjangkan oleh mana-mana pihak selepas ini.

Gambar: Lobak Merah

“Saya telah bertemu dengan Ahli Parlimen DAP (Kepong), YB (Yang Berhormat) Lim Lip Eng dan telah membuat permohonan maaf kepada pihaknya. YB Lim juga mengatakan akan membuat satu perjumpaan dengan promoter perempuan tersebut secepat mungkin,” tambahnya.

Sumber: mStar

 

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

8 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

9 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

9 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

11 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

12 hours ago