“Jika Tidak Boleh Jangan Bagi Harapan Palsu” – Mangsa Simbah Asid Tuntut Janji Terhadap Dato Seri Vida
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Menurut Harian Metro, seorang gadis yang menjadi mangsa simbah asid oleh bapanya pada dua tahun lalu telah tampil dan menceritakan tentang jani Dato’ Vida untuk menanggung kos rawatan pembedahan plastiknya sebanyak RM 100,000.
Namun begitu, gadis itu kesal kerana setelah dua tahun berlalu, tiada langsung khabar berita daripada usahawan kosmetik tersebut. “Jika tidak boleh jangan bagi harapan palsu, sekali gus mempermainkan perasaan saya” luah gadis itu.
Mangsa simbah asid yang bernama Nurul Dahyatul termakan janji usahawan itu dan juga telah menjalankan pemeriksaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan juga telah mendapatkan nasihat daripada perunding pembedahan plastik di Pusat Perubatan Beverly Wilshire di Kuala Lumpur.
Amat berat dugaan yang dihadapi okeh gadis ini kerana katanya dia tidak tahan mengalami masalah gatal-gatal pada muka ketika berpeluh dan kedua-dua lubang hidungnya juga mengecut lantas menyukarkan dia untuk bernafas dengan sempurna.
“Saya kekok dan malu berhadapan dengan orang baru dikenali, malah tidak mempunyai keyakinan diri untuk berada di tempat awam kerana sering diperhatikan orang sekeliling” katanya lagi.
Sumber: Cari