fbpx

2 Surau Dicampak Daging Babi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://youtu.be/ypeT7bgcqOU"]

Video: Metro

Tidak habis dengan kes rusuhan di kuil, muncul pula kes lain yang melibatkan tempat sembahyang. Dua surau di Serkam, Jasin dicampak ketulan daging babi berserta nota oleh seorang individu yang tidak bertanggungjawab.

Adam Abdullah, 65, berkata dia ke surau terbabit kira-kira jam 5 pagi menjumpai selonggok daging berserta dua kad manila di hadapan pagar bahagian dalam pekarangan surau.

“Sebelum saya melaungkan azan, saya ambil kerusi dan kepung bahagian daging itu kerana bimbang jemaah lain terpijak. Selepas solat subuh, seorang jemaah menghubungi polis untuk membuat laporan.” katanya.

Laporan daripada Berita Harian mengatakan, polis peronda tiba sebelum jam 7 pagi, manakala Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba kira-kira dua jam kemudian bagi menjalankan siasatan sebelum dilihat mengangkat tiga ketul daging dipercayai daging babi.

Ketua Polis Negeri, Datuk Wira Raja Shahrom Raja Abdullah, berkata daging terbabit dipercayai ketulan daging babi dicampak ke dalam kawasan surau dan akan menghantarnya ke Jabatan Kimia.

“Terdapat juga dua kad manila yang digulung dengan perkataan yang kita tak boleh dedahkan, Saya tak nak komen lanjut tapi pelaku ini macam orang gila. Kita belum dapatkan keterangan lanjut” katanya.

Terdapat satu lagi kes sama dikesan di Surau An Nur, Ladang Serkam, di situ. Pelaku menggunakan modus operandi yang sama iaitu ketulan dipercayai daging babi diletakkan di hadapan pagar dalam pekarangan surau terbabit bersama dua keping nota.

Ketua Polis Negeri bimbang isu ini diambil kesempatan individu tidak bertanggungjawab dan masyarakat tidak boleh beremosi dalam isu berkenaan.

Sumber: Lobak Merah

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.