Now Reading
175 Ribu Orang Akan Terkesan Jika Empangan Air Itam Kering

175 Ribu Orang Akan Terkesan Jika Empangan Air Itam Kering

Simpanan air di Empangan Air Itam, di sini, hanya mampu bertahan untuk 48 hari, susulan cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata jika hujan turun tidak mencukupi, empangan itu dijangka kehabisan sumber air menjelang akhir Mei ini.

“Empangan Air Itam membekalkan air di bandar Air Itam, Paya Terubong, dan kawasan sekitarnya, membabitkan jumlah pengguna 175,000 orang.

“Kita khuatir, jika pengguna tidak mengoptimumkan (penjimatan) penggunaan air harian mereka daripada sekarang, kita akan menghadapi masalah air kemudian hari,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Terdahulu, Kon Yeow yang juga Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) melawat Empangan Air Itam, di sini.

CUACA panas dan kering di Empangan Air Itam menyebabkan air mentah untuk memenuhi keperluan bekalan air di Bandar Air Itam, Lembah Paya Terubong dan kawasan sekitarnya selama 48 hari lagi. – Foto Mikail Ong

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk Jaseni Maidinsa.

Bagaimanapun, Kon Yeow berkata, bekalan air di kawasan lain di Pulau Pinang adalah pada tahap normal dan memuaskan.

See Also

Bagaimanapun, katanya, paras air Sungai Muda kini susut di bawah paras amaran, dengan yang terkini adalah 1.82 meter.

“PBAPP bimbang dengan paras rendah Sungai Muda kerana ia adalah sumber air mentah utama Pulau Pinang.

“Kami akan terus berjaga-jaga kerana PBAPP mengambil air dari sungai ini di hilir 14 loji rawatan air Kedah dan empat muka sauk pengairan,” katanya.

Sumber : Berita Harian

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.