Pasukan SAR jumpa Mayat di Kawasan Pencarian Nora Anne
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pasukan mencari dan menyelamat menemui satu mayat perempuan di sekitar kawasan pencarian remaja Ireland yang dilaporkan hilang, Nora Anne Quoirin petang tadi.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusof yang dihubungi wartawan Harian Metro mengesahkan penemuan mayat tersebut pada 1.57 tadi.
“Kami menemui mayat wanita kulit putih. Bagaimanapun kami tidak dapat mengesahkan lagi identiti mayat itu”
“Lokasi penemuan mayat kira-kira dua kilometer dari lokasi Nora Anne dilaporkan hilang “ turut nya lagi.
Polis dikatakan telah menutup laluan ke resort itu dengan garisan kuning sejak jam 230 petang tadi bagi menghalang orang ramai dan pihak media dari memasuki kawasan terbabit.
Keluarga kepada Nora turut dilihat memasuki kawasan yang dikatakan lokasi penemuan mayat berkenan dengan menaiki kereta.
Remaja Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengalami masalah pembelajaran itu sebelum ini dilaporkan hilang ketika menginap di resort The Dusun pada 4 Ogos lalu, sebelum polis melancarkan operasi SAR di kawasan berkenaan.
Artikel berkaitan