fbpx
Now Reading
Kegagalan Sistem di KLIA Perbuatan Khianat?

Kegagalan Sistem di KLIA Perbuatan Khianat?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini  heboh mengenai gangguan sistem di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) yang menyebabkan banyak penerbangan tergendala. Namun tindakan pantas MAHB menempatkan hampir 500 pegawainya bagi menangani masalah itu wajar dipuji walaupun keadaan pada mulanya dilihat agak tidak terkawal.

Gambar Hiasan

Gangguan sistem ini telah menyebabkan segala urusan seperti daftar masuk, semakan imigresen, pengurusan bagasi (BHS) serta Sistem Paparan Maklumat Penerbangan(FIDS) terpaksa di lakukan secara manual.

FIDS Secara Manual
Boarding Pass yang terpaksa ditulis secara manual Foto: Pembaca
Keadaan bagasi di BHS Foto : Pembaca

Hmmm..

Spekulasi orang ramai bahawa terdapat unsur-unsur sabotaj atau khianat bagaimapun ditidakkan selepas satu siasatan awal yang dilaksanakan oleh pihak MAHB mendapati ianya berpunca dari kegagalan perkakasan rangkaian.

Namun semuanya berubah semalam, (26 Ogos) selepas Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin  dalam satu kenyataannya, menjelaskan bahawa dia tidak menolak kemungkinan yang kegagalan rangkaian itu adalah angkara perbuatan khianat.

Harini (27 Ogos) pihak MAHB melalui seorang pengurus kanan dari bahagian Teknologi Maklumat,telah membuat satu laporan polis susulan dari insiden tersebut.

Mengesahkan cerita berkenaan, Ketua Polis Daerah KLIA, ACP Zulkifli  Adamsah memaklumkan kepada media yang pihak nya ada menerima laporan terbabit. Tambah beliau lagi, satu siasatan akan dijalankan mengikut  Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Seriuslah ?

Seksyen ini merujuk kepada perbuatan khianat,  dan memperuntukkan hukuman minimum satu tahun penjara atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Jadi kalau kecuaian kakitangan, pasti perkara ini tak perlu sampai ke tahap untuk dilaporkan kepada pihak polis. Cukuplah sekadar buat Kenyataan Media(PC) dan beri penjelasan.

Apa-apa pun kita tunggu siasatan dari pihak berwajib dan hentikan sebarang spekulasi. Cuma yang bermain dikepala penulis kalau masalah sistem ini disebabkan oleh perbuatan khianat. Siapakah mereka? Adakah orang dari dalam atau dari luar? Dan apakah motif utamanya ?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.