fbpx
Now Reading
Tiga Lagi Kes Disahkan Positif Koronavirus di Malaysia Oleh KKM

Tiga Lagi Kes Disahkan Positif Koronavirus di Malaysia Oleh KKM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat pertambahan tiga kes baharu positif novel koronavirus (2019-nCoV) di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia kepada tujuh kes sejak 25 Januari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan media pagi tadi, (Rabu) berkata kesemua kes ini membabitkan warga China di tiga lokasi yang berbeza : satu kes di Langkawi, satu di Johor Bahru, dan satu di Sungai Buloh.

Kes di Langkawi melibatkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang kini dirawat di wad pengasingan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, manakala kes di Johobr Bahru melibatkan seorang lelaki berusia 52 tahun yang kini dirawat di wad pengasingan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Manakala satu kes di Sg Buloh di mana membabitkan seorang wanita yang merupakan menantu perempuan kepada mangsa pertama kes koronavirus di Singapura.

Semua penduduk di Hongkong kini dilihat menggunakan mask Foto : Fortune.com

Mangsa dikatakan mengambil keputusan untuk menjaga kedua-dua anaknya yang menerima rawatan di wad pengasingan hospital berkenaan sebelum disahkan positif koronavirus.

“Beliau dahulunya berstatus negatif (coronavirus), mengambil keputusan untuk tinggal di Malaysia bagi menjaga kedua-dua anaknya yang sedang menerima rawatan di wad isolasi Hospital Sungai Buloh selepas mereka dikesan positif,” katanya.

Beliau berkata, tiga kes terbaharu ini adalah individu yang direkodkan dalam Pengesanan Kes Yang Disyaki (PUI) jangkitan novel coronavirus.

“Justeru, dari 10 Januari hingga semalam, jumlah kumulatif kes PUI bagi jangkitan 2019-nCoV adalah 78 orang; yang mana 39 adalah warganegara Malaysia, 36 warga China dan masing-masing satu warganegara Jordan, Brazil dan Thailand.

“Tiga kes sudah disahkan positif 2019-nCoV, 74 adalah negatif 2019-nCoV dan satu kes masih menunggu keputusan makmal,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.