fbpx
Now Reading
Pesawat Tergelincir Di Turki, 3 Maut

Pesawat Tergelincir Di Turki, 3 Maut

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tiga maut manakala 179 lagi tercedera dalam satu insiden pesawat tergelincir di Lapangan Terbang Sabiha Gokcen Istanbul, Turki ketika sedang membuat pendaratan pada Rabu malam.

Difahamkan semasa kejadian pesawat kendalian syarikat penerbangan tambang murah Pegasus Airlines itu, sedang membawa 183 penumpang serta anak kapal

Menteri Pengangkutan Turki, Cahit Turhan berkata, kemalangan itu menyebabkan kapal berkenaan pecah kepada 3 bahagian menyebabkan 3 mangsa maut manakala yang lainnya cedera.

Keadaan itu berlaku berikutan pendaratan secara ‘kasar’ yang dilakukan oleh pesawat berkenaan sehingga memaksa para penumpangnya menyelamatkan diri menerusi badan pesawat yang pecah.

Keadaan pesawat yang pecah kepada 3 bahagian Foto : AFP

Kenyataaan dari Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya mengatatakan bahawa pesawat itu gagal menyempurnakan pendaratan dan tergelincir kira-kira 50 meter dari atas landasan.

Ekoran dari itu media tempatan melaporkan lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup dan kesemua penerbangan dipindahkan ke lapangan terbang utama Istanbul.

Menurutnya lagi pasukan bertindak kecemasan sedang berusaha mengeluarkan para penumpang dari bangkai pesawat.

“Kami amat sedih… (Tetapi) kami sangat bersyukur kerana tiada kemalangan yang lebih besar berlaku,” kata Yerlikaya, sambil menambah bahawa pesawat itu berkemungkinan meletup dan terbakar.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.