fbpx
Now Reading
Warga Malaysia Baru Pulang Dari Luar Akan Dikuarantin 14 Hari Di Tempat Khas Bermula 3 April

Warga Malaysia Baru Pulang Dari Luar Akan Dikuarantin 14 Hari Di Tempat Khas Bermula 3 April

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bermula 3 April, semua warganegara Malaysia yang baru pulang dari luar negara akan diwajibkan menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin khas yang akan ditetapkan oleh kerajaan

Perkara tersebut diumumkan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada satu sidang pada petang selasa.

Menurutnya kesemua mereka yang baru tiba di lapangan terbang akan dibawa terus menggunakan bas ke pusat kuarantin sebelum disaring oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengetahui status kesihatan.

“Jadi saya nasihatkan kaum keluarga tidak perlu ke lapangan terbang menyambut ahli keluarga yang pulang dari luar negara kerana mereka akan terus dibawa ke pusat kuarantin,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Tambah Ismail Sabri yang juga Menteri Perhanan, pertambahan kes positif Covid-19 di sesetengah negara disebabkan kepulangan rakyat mereka dari luar negara seperti dari Wuhan yang pada mulanya dapat mengawal kes kini dimaklumkan kembali merebak.

Keadaan di KLIA yang lengang selepas PKP dilaksanakan

“Kita faham ramai rakyat kita terkandas di luar negara ingin pulang ke Malaysia walaupun kita sudah menasihatkan sekiranya mempunyai rumah di sana, boleh berada di rumah masing-masing.

“Bagaimanapun, mesyuarat hari ini membuat ketetapan setiap rakyat kita pulang dari luar negara perlu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di beberapa tempat dikhaskan oleh kerajaan,” katanya.

“Semua pesawat membabitkan penerbangan komersial, pesawat disewa atau misi membawa pulang rakyat Malaysia ke negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan yang kerajaan ada menerima aduan terdapat kekangan untuk barangan keperluan asas memasuki kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak dan hasil dari mesyuarat mereka akan menggunakan aset tentera untuk menyelesaikan isu berkenaan.

“Mesyuarat memutuskan tentera akan menggunakan aset mereka seperti helikopter untuk menghantar bekalan makanan ke kawasan pedalaman di dua negeri itu.

“Jadi mereka di sana jangan khuatir kerana kerajaan akan memastikan bekalan makanan mencukupi,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri turut mengumumkan, semua konsesi lebuh raya bersetuju untuk tidak mengenakan sewa kedai kepada penyewa di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) seluruh negara dalam tempoh enam bulan.

“Berita baik kepada penyewa gerai di lebuh raya, walaupun tidak banyak kenderaan melalui lebuh raya ketika ini tetapi mereka masih perlu membayar sewa.

“Jadi semua pihak pengurusan konsesi lebuh raya bersetuju mengecualikan sewa kedai selama enam bulan kepada mereka,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.