fbpx
Now Reading
PRN: Sanusi & Samsuri Kekal, Kelantan Dapat Menteri Besar Baharu Jika PN Menang – PAS

PRN: Sanusi & Samsuri Kekal, Kelantan Dapat Menteri Besar Baharu Jika PN Menang – PAS

Bagi Kelantan pula, PAS mencadangkan perubahan kepimpinan bagi jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar yang akan diisi oleh seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebentar tadi mengumumkan jawatan Menteri Besar yang disandang Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Kedah dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Terengganu akan dikekalkan sekiranya Perikatan Nasional menang pada Pilihan Raya Kecil Negeri (PRN), esok (12 Ogos).

Takiyuddin menerusi satu siaran langsung di Facebook berkata, keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang semalam, 10 Ogos.

Pun begitu sebarang pelantikan masih tertakluk pada perkenan Sultan kedua-dua negeri itu.

MB & Timbalan MB Kelantan yang baharu

Bagi Kelantan pula, PAS mencadangkan perubahan kepimpinan bagi jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar yang akan diisi oleh seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat.

“Perubahan gabungan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar sekarang bagi negeri Kelantan dengan mengemukakan ‘gabungan’ kepimpinan baharu iaitu seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan ampuni perkenan tuanku Sultan Kelantan.”

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan

Takiyuddin dalam masa sama turut menyeru semua pengundi untuk menunaikan tanggungjawab esok dengan memilih pemimpin yang menurutnya prihatin, bersih dan berkebajikan daripada PAS dan PN.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.