fbpx

“Saya Akan Bubar DUN Kalau Ada Perebutan Kuasa Lagi” – DYMM Sultan Johor

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/officialsultanibrahim/photos/a.456837507816281/1554901941343160/?type=3

Disaat negara masih lagi berdepan pandemik Covid-19, sudah ada kumpulan-kumpulan dan individu yang dilihat cuba menggangugugat keharmonian dengan bermain dengan sentimen politik.

Masalah ini bukan sahaja membabitkan pentadbiran di pusat malah sudah turut menular ke pentadbiran negeri.

Selepas beberapa ketika memerhatikan dari jauh suasana politik semasa, Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar akhirnya megeluarkan titah memberi amaran kepada wakil-wakil rakyat di Johor agar tidak merebut jawatan demi kepentingan diri mereka.

Menerusi titah yang dimuat naik di Facebook Rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda tidak akan teragak-agak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara serta merta sekiranya ada wakil rakyat yang ingkar.

“Saya berasa amat kecewa dengan kemelut politik yang masih berlaku di negeri ini, apabila ada pemimpin yang gila kuasa dan terus merebut jawatan demi kepentingan diri mereka.

“Dalam keadaan rakyat yang sedang susah sekarang, mereka langsung tidak peduli dan sanggup menambah lagi derita rakyat”

Justeru baginda telah bersumpah akan mempertahankan nasib rakyat dan negeri Johor bagi mengelakkan negeri tersebut menjadi kucar-kacir.

“Saya tidak boleh tengok rakyat saya menderita, dan tidak akan biarkan negeri saya dikucar-kacirkan.”

“Saya telah bersumpah untuk menjaga dan membela nasib rakyat dan negeri saya pada setiap masa.”

“Jika berlaku lagi perebutan kuasa di kalangan wakil rakyat, saya akan bubarkan Dewan Negeri Johor serta merta.

“Saya akan berikan peluang kepada rakyat negeri Johor untuk memilih wakil mereka yang baharu, dan saya harap kali ini pilihlah pemimpin yang betul-betul ingin berkhidmat untuk rakyat dan negeri, bukan untuk parti atau diri sendiri” titah baginda lagi.

Dalam pada itu, baginda turut menyelitkan satu hadis Rasulullah sewaktu baginda ditanya mengenai mereka yang meminta untuk memegang kepimpinan sebelum menutup titahnya.

Hadis Rasulullah SAW :

Rasulullah ditanya tentang mereka yang meminta untuk memegang kepimpinan lalu Rasulullah bersabda:

“Kami tidak memberikan kepimpinan kepada mereka yang memintanya, dan bukan pada mereka yang tergila-gilakan jawatan kepimpinan.”
(Sahih al-Bukhari, no: 7149)

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.