fbpx
Now Reading
Kerajaan Laksana PKPP Ganti PKPB Sehingga 31 Ogos, Kini Boleh Rentas Negeri Bermula 10 Jun

Kerajaan Laksana PKPP Ganti PKPB Sehingga 31 Ogos, Kini Boleh Rentas Negeri Bermula 10 Jun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kerajaan mengambil keputusan menamatkan PKPB (Bersayarat) dan ditukar kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bermula 10 Jun sehingga 31 Oos 2020 .

Pengumuman tersebut yang dilakukan sewaktu Perutusan Khas PKPP, sekaligus memberikan lebih banyak kelonggaran untuk rakyat menjalani aktiviti kehidupan seharian.

“Dalam tempoh PKPP ini, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada saudara-saudari untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi SOP secara berterusan “

“Perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD,” katanya ,” katanya ketika berucap dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di TV dan media sosial.

Melancong dalam negeri juga dibenarkan

“Selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri, aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan. Jadi saudara-saudari bolehlah membawa keluarga untuk melancong di dalam negeri dengan mengamalkan kebiasaan baharu atau new normal setelah hampir 3 bulan tidak ke mana-mana.

“Bagi yang berhasrat untuk melancong ke luar negara, tunggu dulu kerana sempadan negara kita masih ditutup ” jelas Perdana Menteri lagi.


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.