fbpx
Now Reading
Tesla Model Y Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM199,000

Tesla Model Y Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM199,000

Model Y ialah SUV elektrik terlaris di dunia dan salah sebuah kereta paling selamat di jalan raya dengan penarafan 5 bintang daripada NHTSA dan Euro NCAP.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tesla sebentar tadi mengumumkan bahawa SUV Model Y elektrik sepenuhnya bagi pasaran Malaysia kini dibuka untuk tempahan bermula hari ini (14 Julai) dengan harga bermula dari RM199,000 .

Model Y ialah SUV elektrik terlaris di dunia dan salah sebuah kereta paling selamat di jalan raya dengan penarafan 5 bintang daripada NHTSA dan Euro NCAP.

Sama seperti setiap kenderaan Tesla, Model Y menjanjikan gandingan terbaik dari segi jarak perjalanan, prestasi, keselamatan dan teknologi. 

Harga ditawarkan mengikut varian

Model Y boleh didapati dalam tiga varian dengan harga bermula dari:

  • Model Y RWD (Pacuan Roda Belakang) – (RM199,000)
  • Model Y AWD Long Range (Jarak Jauh) – (RM246,000)
  • Model Y AWD High Performance (Prestasi Tinggi) – (RM288,000).

Tawaran warna

Dari segi pemilihan warna pula, model ini hadir tdengan 5 warna berbeza iaitu:

  • Pearl White Multi-Coat
  • Solid Black (Tambahan RM5,000)
  • Midnight Silver Metallic (Tambahan RM5,000)
  • Deep Blue Metallic (Tambahan RM 5,000)
  • Red Multi-Coat (Tambahan RM10,000)

Menurut Tesla, kenderaan ini dijangka akan mula diserahkan kepada pelanggan pada awal 2024.

Spesifikasi ringkas

Model Y ialah model SUV elektrik terbaru dan paling mampu dimiliki. Direka cipta dan dibina sebagai kenderaan elektrik utiliti sport pasaran umum pertama Tesla, pelancaran model ini merupakan langkah yang sangat penting dalam misi Tesla untuk mempercepatkan peralihan dunia kepada tenaga boleh diperbaharui, seperti yang terkandung dalam Pelan Induk Sulit Tesla.

Dengan motor yang amat responsif, Model Y memerlukan hanya 3.7 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j dengan jarak perjalanan sehingga 533 km (WLTP) bagi setiap pengecasan.  Model Y dilengkapi dengan bumbung kaca sepenuhnya, autopandu, ciri-ciri keselamatan aktif dan sistem penapisan HEPA. 

Sebagai SUV saiz sederhana, Model Y mempunyai ruang kargo 2100 liter yang menyediakan tempat duduk dan ruang simpanan serbaguna untuk sehingga 5 penumpang dengan bagasinya.

Model Y adalah salah satu daripada SUV paling selamat di dunia dengan penarafan 5 bintang daripada NHTSA dan Euro NCAP, memberikan perlindungan tiada tandingan kepada pemandu dan penumpang. Model Y dilengkapi dengan bumbung kaca sepenuhnya, autopandu, ciri-ciri keselamatan aktif, sistem penapisan HEPA dan Bioweapon Defence Mode.


Pembeli boleh tambah ciri Enhanced Autopilot

Selain itu, orang ramai juga boleh memilih untuk menambah ciri Enhanced Autopilot pada harga RM16,000.

Ini akan yang menambah fungsi:

  • Navigate on Autopilot
  • Auto Lane Change
  • Autopark
  • Summon
  • Smart Summon

Pemilik testa boleh tuntut pelepasan cukai

Sebagai sebahagian daripada komitmen Malaysia untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan karbon rendah dan menyokong pembangunan industri kenderaan elektrik (EV), pelanggan boleh menikmati pelepasan duti import dan eksais bagi pendaftaran baru kenderaan elektrik zero-emission Tesla (kenderaan elektrik unit import sepenuhnya) dan pemansuhan cukai jalan 100%.

Apa yang lebih menarik, pemilik Tesla juga boleh menuntut pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 bagi perbelanjaan berkaitan kos pemasangan, sewaan, pembelian termasuk sewa beli peralatan atau yuran langganan untuk pengecas EV, untuk tahun taksiran 2023.

Untuk membuat tempahan atau bacaan lebih lanjut, layari laman web tesla di sini atau di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.