fbpx
Now Reading
Tukang Gunting Rambut Maut Rempuh Pokok Di Tepi Jalan

Tukang Gunting Rambut Maut Rempuh Pokok Di Tepi Jalan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang tukang gunting rambut disahkan maut selepas kenderaan yang dibawanya merempuh sebatang pokok di Jalan Nyior Sebatang, Kepala Batas, semalam.

Menurut Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor itu berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dikatakan datang dari arah Sungai Dua menghala ke Pokok Sena. – Sinar Harian

Kejadian yang berlaku pada jam 1.10 pagi, S Manikandan yang berusia 40 tahun itu disahkan maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

Di samping itu, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

“Orang awam yang melalui kawasan berkenaan bertindak melaporkan kemalangan itu melalui talian kecemasan sebelum pasukan perubatan dan polis tiba di lokasi kejadian.

“Akibat kejadian berkenaan bahagian depan pacuan empat roda terbabti remuk teruk namun mayat mangsa berjaya dikeluarkan,” katanya apabila dihubungi oleh pihak Sinar Harian, semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat dan kes tersebut disiasat mengikut Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.