fbpx
Now Reading
Lesen Memandu Kini Boleh Di Perbaharui Secara Atas Talian Bermula 16 Oktober

Lesen Memandu Kini Boleh Di Perbaharui Secara Atas Talian Bermula 16 Oktober

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/posts/10158864597427421

Berita baik buat anda yang tidak suka bersesak atau ke kaunter JPJ hanya untuk memperbaharui lesen Memandu jenis Competent Driver’s License (CDL) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) kerana ia kini boleh dilakukan secara atas talian menerusi laman MyEG

Menerusi satu pengumuman yang dilakukan JPJ beberapa hari lalu,  pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal secara dalam talian sudah boleh dilakukan bermula pada 9 Oktober 2020.

Bagi Competent Driver’s License (CDL) pula ia akan mula dilaksanakan dari 16 Oktober. Ini bagaimanapun tidak termasuk Lesen Belajar Memandu (LDL) dan Lesen Memandu Percubaan (PDL).

Jelas mereka ini pelaksanaan ini adalah sebagai satu inisiatif kerajaan untuk mendigitalisasikan perkhidmatan sedia ada kepada orang ramai selaras dengan amalan norma baharu yang praktikal.

Malah ianya akan menjadikan perkhidmatan JPJ lebih cekap dan mampan bagi memastikan kelangsungan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada orang ramai.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.