Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Sudahlah pakai ‘gelang pink’, siap keluar dari rumah lagi. Padah ingkar syarat kuarantin, seorang lelaki warga emas ditahan polis akibat melanggar syarat kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Covid-19 di Damansara Damai, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faizal berkata, pihaknya menerima maklumat dari orang awam yang melihat seorang lelaki memakai ‘gelang pink’ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurutnya lagi, lelaki yang berusia 63 tahun itu berlegar di kawasan premis perniagaan berkenaan dan dilihat cuba melindungi gelang yang dipakai menggunakan lilitan kain putih.
“Anggota segera ke lokai dimaklumkan dan menahan lelaki terbabit.
“Semakan mendapati lelaki itu baru pulang dari Sabah dan keputusan ujian saringan Covid-19 negatif.
“Namun, dia diarahkan menjalani kuarantin di rumah bermula 28 September sehingga 11 Oktober,” katanya dalam kenyataan pada hari ini.
Asisten Kominisioner Nik Ezanee berkata, pihaknya akan membuat permohonan reman terhadap lelaki terbabit di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, esok.
Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Beliau juga memberikan amaran kepada induvidu yang dikenakan perintah kuarantin agar mematuhi arahan yang sudah ditetapkan oleh KKM dan tindakan tegas akan diambil kepada individu yang ingkar akan arahan tersebut.