fbpx
Now Reading
Pelajar Perempuan Gred 12 Guna Kemahiran Bantu Seorang Wanita Bersalin Di Tepi Jalan

Pelajar Perempuan Gred 12 Guna Kemahiran Bantu Seorang Wanita Bersalin Di Tepi Jalan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pelajar perempuan gred 12 menerima pujian dari penduduk setempat dan netizen atas keberaniannya membantu menyambut kelahiran seorang bayi pada Selasa lalu di Thailand.

Menerusi laporan daripada The Nation Thailand, orang ramai mula berkumpul memberikan bantuan apabila melihat wanita tersebut dalam keadaan kesakitan untuk bersalin di daerah Mae Sot.

Tambahnya lagi, pelajar perempuan yang dikenali sebagai Buntorn merupakan salah seorang yang menghulurkan bantuan kepada wanita berkenaan.

Selain itu, menerusi petikan dari The Nation Thailand, Buntorn yang menyedari si ibu akan melahirkan bayi pada bila-bila masa sahaja, dia bergegas ke arah kenderaan penyelamat berhampiran untuk mendapatkan peralatan yang diperlukan.

Buntorn yang kemudiannya turut dibantu oleh beberapa individu lain dalam menyambut kelahiran bayi itu.

Si ibu dan juga bayi lelakinya itu kini selamat dan dibawa ke hospital berhampiran.

Buntorn berkata, dia yang dalam perjalanan pulang dari sekolah apabila kejadian tersebut berlaku.

“Saya mengambil keputusan untuk menolong ibu tersebut selepas melihatnya sudah hampir untuk melahirkan bayinya,” katanya.

Difahamkan, Buntorn mempelajari kemahiran menyambut bayi itu dalam satu sesi latihan di Hospital Phophra sebelum ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.