fbpx
Now Reading
“Bukan Saya Yang Jual” – Bekas Jaguh Pesilat Nafi Jual Pingat

“Bukan Saya Yang Jual” – Bekas Jaguh Pesilat Nafi Jual Pingat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam peminat dunia sukar heboh memperkatakan mengenai laporan yang mendakwa seorang bekas atlet pesilat negara telah menjual beberapa pingat yang pernah dimenangninya.

Menerusi laporan itu lagi, dua pingat telah dijual iaitu pingat emas Kejohanan Silat Dunia 1994 di Hat Yai, gangsa Sukan Sea Chiang Mai Thailand 1995 serta sehelai baju silat Malaysia dengan harga serendah RM 100

Namun,tidak lama kemudiannya atlet tersebut telah menafikan dakwaan berkeanan melalui sidang media

Menurut Azlinda Ahmad,  beliau belum terdesak sehingga mahu menjual pingat.

“Sebenarnya saya pun baru sedar perkara ini apabila membaca laporan akhbar hari ini:

“Buat masa ini apa yang boleh saya katakan perkara itu (menjual pingat di kedai barangan terpakai) bukan berlaku daripada diri saya sendiri,”

“Kalau dari segi laporan akhbar itu memang pingat itu menyatakan mengenai kemenangan saya dan sudah bertahun mungkin ia juga disebabkan kecuaian saya sendiri. Saya juga sering berpindah-randah dan banyak barang-barang lama terlepas pandang, jadi ia belum dipastikan lagi mengenai pingat itu.

“Bagi saya buat kesahihan dulu kerana ini juga membabitkan maruah saya. Apa pun saya menafikan bukan kaki saya menjejak langkah untuk menjual pingat itu. Saya tidak pasti (sama ada hilang atau tidak) benda sudah lama dan banyak kali saya berpindah. Saya juga agak kesal kerana perkara ini tidak mendapat kepastian daripada diri saya sendiri sebelum laporan akhbar dikeluarkan,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.