fbpx
Now Reading
“Saya Tidak Berbohong” – Pesara Kerajaan Nafi Wang Dalam Tabung Haji Dipindahkan Ke Akaun Bank Miliknya

“Saya Tidak Berbohong” – Pesara Kerajaan Nafi Wang Dalam Tabung Haji Dipindahkan Ke Akaun Bank Miliknya

Jabidah turut terkilan kerana Lembaga Tabung Haji hanya memberi respon tentang kehilangan wang simpanannya selepas tiga bulan aduan dilakukan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu kehilangan wang simpanan RM30,000 milik bekas pegawai kanan kerajaan Datuk Jabidah Monseri dalam akaun Tabung Haji (TH) memasuki episod baharu apabila beliau menafikan wang tersebut dipindahkan ke akaun miliknya.

Menurut bekas Timbalan Ketua Pengarah, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) itu, beliau terkejut dan terkilan apabila Lembaga TH mendakwa ada transaksi pemindahan dari akaun TH ke akaun bank miliknya sendiri.

“Saya tidak akan membuat perkara bodoh dan sama sekali tidak berani berbohong dengan polis apabila membuat laporan mengenai kehilangan wang di dalam akaun Tabung Haji saya.”

Datuk Jabidah Monseri
Datuk Jabidah Monseri ketika menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

Kenapa beri maklum balas tiga bulan?

Malah Jabidah Monseri turut mempersoalkan mengapa TH hanya memberi maklum balas berhubung kehilangan wang itu selepas ianya didedahkan kepada media walhal aduan sudah dilakukan pada 1 Disember tahun lalu.

“Kenapa tiga bulan lalu mereka tidak kata apa-apa apabila saya mengemukakan aduan tetapi apabila media mendedahkan kehilangan wang saya, barulah mereka tiba-tiba memberi maklum balas mengatakan saya mengeluarkan wang dan memasukkan ke dalam akaun sendiri,” katanya dipetik Harian Metro.

Sudah beritahu PDRM itu bukan akaun bank miliknya

Menurut Jabidah lagi, beliau meminta TH untuk melakukan pengesahan tentang akaun bank berkenaan kerana musykil apabila transaksi di dalam penyata akaun yang dicetak itu tertera ‘pindahan dari TH ke akaun bank sendiri’.

“Sebab itu saya memohon Tabung Haji untuk mengesahkan akaun bank siapakah itu kerana saya tidak mempunyai nombor akaun seperti itu.

“Saya juga sudah memberitahu polis bahawa itu bukan nombor akaun saya,” katanya lagi.

Terdahulu TH dalam satu kenyataan balas berhubung isu berkenaan mendakwa siasatan pihak mereka mendapati transaksi pemindahan wang adalah daripada akaun TH pengadu kepada akaun bank miliknya sendiri.

Pihak mereka bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai perkara itu.

Baca artikel berkaitan: Duit Tabung Haji ‘Hilang’: Wang Dipindahkan Ke Akaun Bank Pengadu Sendiri – TH

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.