fbpx
Now Reading
Berang Gagal Rogol Anak Tiri, Lelaki Nigeria Campak Cucu Hingga Maut Dari Tingkat 4

Berang Gagal Rogol Anak Tiri, Lelaki Nigeria Campak Cucu Hingga Maut Dari Tingkat 4

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berang cubaan menoda anak tiri gagal selepas dihalang oleh isteri dan anak-anak, seorang lelaki warga Nigeria bertindak mencampak cucu tirinya yang berusia 4 tahun dari tingkat 4 sebuah apartment sehingga maut.

Kejadian yang berlaku di sebuah apartiment di Danau Kota, Setapak, di sini awal pagi Ahad turut menyebabkan suspek cedera selepas melompat keluar dari tingkat yang sama.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid , pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8 pagi.

Jelasnya, sebelum kejadian tersebut, terdapat pergaduhan antara suspek yang berusia 42 tahun dengan isterinya warga tempatan berusia 48 tahun sebelum kejadian berlaku.

Foto tular di media sosial

Ianya gara-gara cubaan suspek yang cuba merogol anak tirinya yang juga ibu kepada kanaka-kanak yang maut.

Menyedari cubaan tersebut isterinya bersama kesemua anak tirinya kemudian menghalang lelaki berkenaan.

Dia kemudian menghentak kesemua anak-anak dan isterinya sebelum mereka kesemua lari bagi mendapatkan pertolongan dari jiran.

Suspek juga dikatakan cuba membunuh anak kandungnya yang berusia 8 tahun cuba melemaskan di dalam baldi, namun kanak kanak itu berjaaya melarikan dia.

“Siasatan awal mendapati suspek, warga Nigeria cuba merogol salah seorang anak tirinya yang sedang tidur di ruang tamu, namun dihalang oleh isteri dan anak-anak yang lain.

“Anak tiri mangsa berusia 19 tahun hingga 29 tahun cuba menghalang tindakannya. Suspek yang mula berang, mengamuk dan memukul serta menghentak kesemua mangsa yang ada dalam rumah berkenaan,” katanya kepada media di sini sebentar tadi

Tambahnya lelaki itu kemudian cuba melarikan diri dengan terjun dari pangsapuri berkenaan melalui tingkap namun turut mengalami kecederaan.

“Suspek juga kemudian turut melompat keluar melalui tingkat sama namun terjatuh.

“Dia dapat ditangkap oleh pengawal keselamatan dan orang ramai yang kemudian menyerahkannya kepada polis,” katanya.

Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut manakala suspek yang ditahan turut di bawa ke HKL untuk rawatan dan akan iasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Siasatan polis mendapati lelaki Nigeria itu sudah berkahwin dengan isterinya wanita tempatan berkenaan sejak 10 tahun lepas dan mempunyai seorang anak lelaki berusia lapan tahun.

Manakala isterinya pula mempunyai empat orang anak berusia 19 hingga 29 tahun dan seorang cucu berusia empat tahun daripada perkahwinan terdahulu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.