fbpx
Now Reading
Padah Kepung & Maki Anggota Polis Di Tanjung Tokong, 7 Lelaki Ditahan

Padah Kepung & Maki Anggota Polis Di Tanjung Tokong, 7 Lelaki Ditahan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram   disini !

Sejak semalam tular beberapa klip video memperlihatkan sekumpulan individu mengepung dan memaki beberapa orang anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang kononnya telah menendang motosikal yang dinaiki dua lelaki sehingga mengakibatkan kemalangan serta kecederaan parah kepada mangsa di di Jalan Sri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong.

Video tersebut kemudian membangkitkan kemarahan orang ramai dan menyifatkan individu didalam video terbabit bersikap biadap dan tidak menghormati penjawat awam yang sedang bertugas.

Mereka kemudian teruk dikecam selepas tular rakaman dashcam yang akhirnya membuktikan tiada anggota URB yang berada berdekatan sewaktu kemalangan tersebut berlaku.

Baca artikel berkaitan : Kecoh Polis Tendang Motosikal Hingga Kemalangan Di Pulau Pinang, Dashcam Ini Buktikan Sebaliknya [Video]

Terbaru, menerusi laporan Bernama, Polis Pulau Pinang telah pun menahan tujuh lelaki berusia antara 20 dan 40 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd Ra’ais mengesahkan penahanan yang dilakukan di sekitar daerah Timur Laut, sejak jam 8 pagi hingga 6 petang tadi.

Beliau turut memaklumkan yang kesemua suspek akan direman esok.

“Semua suspek akan direman esok. Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas, Seksyen 506 Kanun kerana melakukan ugutan jenayah dan Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) 2021,” katanya kepada Bernama.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.