fbpx
Now Reading
Sebabkan Kematian, Ibu Kandung & Bapa Tiri Adik Amir Berdepan Hukuman Gantung

Sebabkan Kematian, Ibu Kandung & Bapa Tiri Adik Amir Berdepan Hukuman Gantung

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Baru-baru ini rakyat Malaysia digemparka dengan berita kematian seorang kanak-kanak lelaki berumur 7 tahun, Zubaidi Amir Qusyairi Abdul Malek yang ditemui lemas di dalam sebuah tong.

Dia bagaimanapun dalam masa sama turut dipercayai telah didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya sehingga meninggal dunia bulan lalu.

Terbaru hari ini, pasangan suami isteri berkenaan, Mohd Fadzli Abdull Razak, 38, dan Zuraida Atan, 32, sudah pun didakwa di dua mahkamah berasingan di Ayer Keroh, Melaka atas dua pertuduhan iaitu membunuh dan mendera kanak-kanak terbabit.

Menerusi laporan BH!  tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh bagi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Jika disabit kesalahan mengikut seksyen tersebut, kedua tertuduh boleh dihukum mati.

Bagi satu lagi pertuduhan di Mahkamah Seksyen pula, mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kesalahan Kanak-Kanak 2001 kerana mendera dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM20,000 atau kedua-duanya.

Foto : Utusan

Kedua-duanya mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan tersebut sejurus kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Kes ini akan disebut semula pada 29 Mac depan, dan pasangan ini sama sekali tidak dibenarkan diikat jamin sementara menanti laporan bedah siasat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.