fbpx
Now Reading
Malaysia Dapat Tambahan 10,000 Kuota Haji – Perdana Menteri

Malaysia Dapat Tambahan 10,000 Kuota Haji – Perdana Menteri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui yang Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini sedang berada di Arab Saudi untuk lawatan rasmi sulung beliau ke Asia Barat, bagi memenuhi jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.

Difahamkan lawatan itu dalam usaha memperkasa hubungan dua hala diantara negara kita dan Arab Saudi membabitkan pelbagai bidang terutama dalam hal ehwal Islam dan perdagangan. Tidak terkecuali bagi membincangkan  mengenai permohonan kuota tambahan jemaah haji Malaysia.

Terbaru, beliau hari ini berkongsi berita gembira kepada rakyat Malaysia memaklumkan kerajaan Arab Saudi bersetuju memberikan tambahan 10,000 kuota rasmi haji untuk jemaah negara kita.

Ianya dikongsikan selepas perjumpaan beliau bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman di Istana Yamamah, Riyadh pagi tadi.

Foto : PMO

“Kita sudah dapat keputusan baik persetujuan.

“Apabila keadaan (COVID-19) pulih sepenuhnya, kuota haji ditambah 10,000 daripada jumlah sedia ada,” katanya pada sidang media selepas pertemuan bersama Mohammed Salman.

Menurut laman web Tabung Haji, kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota haji setiap negara pada kadar 0.1 peratus daripada jumlah penduduk negara berkenaan.

Kuota rasmi haji bagi jemaah Malaysia ketika ini adalah 31,600, sedikit meningkat berbanding tahun sebelumnya 30,200.

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sebelum ini membuat ketetapan kuota jemaah haji bagi sesebuah negara adalah 0.1 peratus daripada jumlah penduduknya.

“Putera Mahkota juga memaklumkan kota Mekah dan Madinah  masih dalam proses pembesaran dan ini boleh menambah jumlah haji dan umrah.

“Saya dimaklumkan Malaysia akan diberi perhatian utama dalam pertambahan jumlah jemaah,” katanya.

Pertemuan selama 90 minit itu turut disertai Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.