fbpx
Now Reading
Kebakaran Kilang Punca Bau ‘Bahan Kimia’ Di Sekitar Kawasan KL Malam Tadi

Kebakaran Kilang Punca Bau ‘Bahan Kimia’ Di Sekitar Kawasan KL Malam Tadi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Kebakaran di sebuah kilang di Batu Caves, Gombak malam tadi berkemungkinan menjadi punca bau busuk yang dapat dihidu di sekitar kawasan Publika, Mont Kiara dan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dari malam tadi hingga ke pagi ini.

Ada yang menimbulkan spekulasi kilang itu merupakan kilang bahan kimia. Namun jurucakap dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menjelaskan ia sebenarnya sebuah kilang pemprosesan makanan.

Foto: FB Pasukan Bomba Sukarela Gombak

Difahamkan oleh pihak bomba bahawa bau asap yang kurang menyenangkan itu bukan sesuatu yang perlu dirisaukan kerana tidak mendatangkan sebarang bahaya.

Laporan yang dikongsi kepada TRP menyatakan bahawa anggota bomba menerima panggilan kebakaran di Taman Perindustrian Dolomite pada jam 9.47 malam dan berada di lokasi pada 10.00 malam.

Foto: BOMBA

35 anggota dan 6 kenderaan dari balai bomba Selayang, Rawang, Seri Hartamas, Gombak Selatan dan Gombak terlibat dalam operasi itu yang berlangsung sehingga jam 1.00 pagi tadi.

Kilang itu dikatakan sebagai sebuah fasiliti berkeluasan 1,000 kaki persegi kelas A dan 40 peratus daripadanya telah terbakar sewaktu anggota bomba tiba di lokasi kejadian.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.