fbpx
Now Reading
[Terkini] Kerajaan Laksana ‘Total Lockdown’ Bermula 1 Jun 2021 – PMO

[Terkini] Kerajaan Laksana ‘Total Lockdown’ Bermula 1 Jun 2021 – PMO

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan hari ini bersetuju melaksanakan Total Lockdown (Fasa pertama) selama 14 hari bermula selasa, 1 jun 2021 sehingga 14 Jun depan.

Perkara tersebut dimaklumkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan mereka sebentar tadi.

Penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial

Sehubungan itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essentials) yang akan disenaraikan MKN.

“Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri petang tadi telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Menurut kenyataan tersebut, keputusan ini diambil selepas jumlah kes harian di dalam negara melonjak melebihi 8,000 kes.

“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.

“Setakat hari ini, seramai 2,552 orang telah meninggal dunia akibat wabak ini dan jumlah kematian semakin meningkat. Kewujudan varian-varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi dan pantas juga turut mempengaruhi keputusan hari ini” tulis kenyataan itu lagi.

Sekiranya berjaya kurangkan kes, Fasa ke-2 akan gantikan Fasa pertama

Menurut kenyatan sama, sekiranya fasa pertama berjaya mengurangkan kes, kerajaan akan membenarkan pelaksanaan fasa ke-2 iaitu pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan yang besar serta boleh mematuhi penjarakan fizikal sebelum diikuti fasa ke-3.

“Sekiranya lockdown Fasa Pertama ini berjaya mengurangkan kes-kes harian COVID-19, Kerajaan akan melaksanakan lockdown Fasa Kedua, iaitu dengan membenarkan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan yang besar serta boleh mematuhi penjarakan fizikal. Lockdown Fasa Kedua ini akan dilaksanakan untuk tempoh empat minggu selepas Fasa Pertama berakhir.

“Setelah berakhirnya lockdown Fasa Kedua, langkah seterusnya ialah memasuki Fasa Ketiga, iaitu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang berkuat kuasa pada masa ini di mana aktiviti sosial tidak dibenarkan dan hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi tertakluk kepada SOP yang ketat serta kehadiran secara fizikal di tempat kerja yang dihadkan” tulis kenyataan itu lagi.

Rujuk kenyatan penuh di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.