fbpx
Now Reading
[Terkini] Perlis, Perak, Pahang, Kelantan & Terengganu Beralih Ke Fasa 2 Mulai 5 Julai

[Terkini] Perlis, Perak, Pahang, Kelantan & Terengganu Beralih Ke Fasa 2 Mulai 5 Julai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lima negeri iaitu Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang akan beralih ke Fasa Dua  Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa 5 Julai .

Perkara tersebut diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob ketika sidang bedia bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul hari ini.

Jelas beliau, 5 negeri tersebut setakat ini sudah memenuhi indikator nilai ambang kes harian terbaru, penggunaan Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kadar vaksinasi.

“Oleh itu, dalam fasa dua membolehkan perluasan senarai positif sektor ekonomi,” kata Ismail.

Keputusan untuk menamatkan ‘total lockdown’ di beberapa negeri seperti Terengganu Kelantan & Perlis tersebut sebelum ini sudah pun dilaporkan oleh media tempatan berpandukan nilai ambang di negeri-negeri tersebut yang telah berjaya dilandaikan hasil PPN.

Malah Menteri Besar Perlis Azlan Man beberapa hari lalu turut memberikan bayangan apabila memaklumkan perkara berkenaan akan dibentangkan pada mesyuarat khas bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 2 Julai bagi membolehkan kelonggaran diberikan kepada negerinya.

[Artikel lanjut menyusul]

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.